Posts

Showing posts from 2011

5 perkara JANGAN buat kalau naik kenderaan awam!!

Zaman sekarang ni, walaupun ramai dah mampu ada kenderaan sendiri, tapi ramai jugak yang masih memilih untuk naik kenderaan awam (bas, lrt, keretapi, kapal terbang etc) untuk ke destinasi tertentu. Saya sendiri pun, kalau balik kampung kadang-kadang naik bas je…untuk jimat duit dan tak penat sangat. Baru-baru ni sambil naik bas nak balik kampung, sempat la jugak perhati orang kat sekeliling. Rupa-rupanya, memang tak semenggah betul sikap kita ni…..kadang-kadang kita tak sedar kot. Jom check apa yang TAK PATUT dibuat kalau korang naik kenderaan awam… Note: Based on my observation, okay!! 1. Potong barisan. Walaupun membenarkan orang memotong barisan tu dah termasuk dalam 20 Secrets to Happiness , tapi itu tak bermakna korang boleh suka-suka potong barisan dengan harapan orang lain pun mengamalkan  20 Secrets to Happiness  yang sama. Potong barisan ni sangat la nampak tak ilmiah…tambah pulak kalau sememangnya nombor tempat duduk tu dah ada kat tiket. Ciri-ciri orang yang tak boleh sabar

Dah cakap dah...

Dah cakap dah... Pertama kali tengok, rasa tak best.... Dua kali tengok pun rasa tak best... Kecewa?? Ada la sikit... :( Amenda ni?? Ombak Rindu la..huhu

Dear Bad, please don't go to Pelita Jaya!!

Pagi-pagi tadi dengar radio, terdengar la nama si Bad disebut-sebut. Katanya ditawarkan ke Pelita Jaya , sama macam Safee. Tapi macam tak boleh pergi, sebab kontrak dengan Kedah ada setahun lagi. Tak payah pergi la, Bad...nanti kami kat Malaysia terlupa pulak ada player nama Bad ni. Tapi tak tau la pulak kalau KAFA nak ambik untung jual player. Jangan la..huhu..

Bulan terakhir 2011...

Image
Selamat datang, Disember ... Yup, pejam celik mata...dah pun masuk hujung tahun 2011. Sekejap je rasanya. Nampak gayanya, kena siapkan wishlist untuk tahun 2012 pulak. Biasa la. Kita manusia, hanya merancang. Allah yang menentukan. Apa-apa pun, usaha tu tetap penting kan.. :) Coming soon, nanti nak update wishlist untuk tahun depan.  Dah masuk Disember ni...meh nak ajak dengar lagu tema untuk bulan ni.. Sangat la sesuai dengan tajuknya sekali... This is one of my fav song....  Back To December by Taylor Swift

Wordless Wednesday

Image

20 Secret to Happiness

Godek-godek fail lama..terjumpa 1 kad zaman belajar dulu. Rasanya kad ni tampal kat meja study kot. Meh nak share 20 rahsia untuk gembira... Tapi dalam bahasa omputeh.. sape tak faham, rujuk google translate ye... (*_*) Return everything you borrow. Stop blamming other people. Live within your means & within your seems. Be humble. Listen more, talk less. Everyday...do something nice, and try not to get caught. Strive for excellent, not perfection. Be on time. Don't criticize anyone for 24 hours. Be kind to other people. Be even kinder to unkind people. Take time to be alone. Admit it when you make mistake. Understand and accept that life isn't always fair. Let someone cut ahead of you in line. Don't argue. Know when to say something. Know when to keep your mouth shut. Don't make excuses. Don't swear the small stuff. Coming soon, ulasan lengkap ye. Sila tunggu kalau nak baca :)

Wordless Wednesday::Dedicated to my beloved BFF, Ramziyah

Image
Think deeply , okei dokei..!! :)

Hero baru :)

Image
Yea.... semua rakyat Malaysia pun mesti bangga... . . . . . . . . dengan Hariman Muda  . . . . . dah biasa sangat orang kata Apek hero   . . . .        hensem kan rambut dia cam gini..hehe... . . . . . . . tapi nak target orang lain pulak . . . dah ada superhero baru . . . . Super Bard .. .......super cool...hehe... muka dia macam baik je kan...  ....bukannya apa... kesian dia asyik jadi target serangan Garuda je hari tu.. kan.. Caya la.. Dramatik ending.. :p  Memang meriah malam tu 1 Mala ysia bergegar dengar orang sorak.. Congratez Harimau Muda!!!

Selamat tinggal Facebook...

Image
Sedih sebenarnya.... Tapi kena teruskan jugak... Selepas bertahun-tahun dengan encik muka buku... Akhirnya dah ambik keputusan... MUKTAMAD!!!! Dah masanya untuk ucapkan selamat tinggal kat Facebook... Kawan-kawan, sila jangan cari saya kat FB lagi..hehe.. . . . . . . . . Lepas ni nak berbelog n twitter je la... Eh....nak follow sape pun xtau.. Twitter account tu dah beku lama sangat.. :)

Minggu yang sangat busy..

Hari ni dah hari Isnin. Banyak benda yang nak buat minggu ni...rasa macam terkejar-kejar pulak.  1. Roadtax & insuran si Nurul Iman due hari ni. Thanks to MyeG sebab benda ni dah settle 2 minggu lepas. Hehe...tak sia-sia usahakan benda ni awal-awal.  2. Sedia untuk disoal siasat. (*_*) . Rasanya, sesape pun mesti akan neves bila nak kena soal siasat kan. Yups..itu la yang sy rasa sekarang ni. Cumanya, tak berapa nak neves sangat la. Sekarang ni wat persiapan benda-benda fizikal je pulak...pakaian & dokumen-dokumen yang patut dibawa.. Macam redha je kot...take it as a great experience & learning session ..kalau dapat dan ada rezeki, kira bonus la tu :) 3. Birthday ayah & wedding anniversary . Yang  ni sangat penting. Sebab tahun ni ayah akan bersara...kira macam birthday dia = hari bersara. Esoknya pulak wedding anniversary mak & ayah. Pagi tadi, ayah dah telefon...tanya balik rumah ke tak.. Of course la nak balik..tapi dah tengah bulan ni, macam semput je rasa...h

Jumaat dah...

Sekarang ni, sekejap je masa berlalu. Dah Jumaat dah. Biasa la...Jumaat hari yang paling ditunggu-tunggu, sebab Sabtu & Ahad nak menjelma. Program untuk weekend ni belum ditentukan. Rehat je la kot.. :) 

I got it!! Doakan ku... (*_*)

Selalu dengar orang pergi interview government... Banyak persediaan kena buat kan... Minggu lepas dapat satu surat daripada PPUM.... Alhamdulillah, tawaran interview untuk jawatan Peg. Psikologi. Bersyukur sangat-sangat.. Walaupun sekadar interview, belum tentu dapat pun. Tapi peluang tu memang sangat berharga. Dapat atau tidak, tu dah rezeki kan...yang penting berusaha.. Tinggal lagi seminggu je sebelum interview. Sebenarnya, nerves je sepanjang masa sekarang ni. Tapi ni la masa untuk praktik segala ilmu yang dah belajar dulu...stress management..hehe... Walaupun ni bukan kali pertama interview jawatan government, tapi disebabkan setting hospital tu yang sangat berbeza, menyebabkan tahap adrenaline sekarang agak la tinggi nya... Tambah pulak, dalam hati memang mengharap nak dapat setting ni. Tau kenapa? Sebab suka sangat tengok cerita Private Practice. Lama sangat dah teringin nak jadi macam Violet.. Agak-agak, kalau jawab macam tu pada interviewer, boleh dapat markah lebih tak??  

Musim kecelaruan cuaca...

Sekarang ni cuaca tak menentu... Thailand sibuk hujan dan banjir... KL panas terik... Bumi dah pening agaknya.... Salah kita semua la ni.. (T_T)

Mak..Ibu..Ummi..Mama..Mummy..

Image
Apa panggilan korang untuk ibu masing-masing? Kalau kat Malaysia ni, standard la orang panggil mak, ibu, ummi atau mama. ..kan... Kalau mummy pulak, jarang-jarang ... Kenapa? Sebab rasa macam perasan mat salleh ..hehe.. Ada satu moment tu...masa tengah tunggu my sis-in-law ambik langsir yang dia tempah kat Nagoya, ternampak sorang budak lelaki ni dengan adik dia. Budak tu dalam umur 6-7 tahun rasanya...dan adik dia baby lagi, tidur dalam troli. Budak lelaki ni punya la baik...tolong jaga adik dia, comfort baby tu, tak bagi bangun. Pastu baby tu merengek-rengek, automatik budak lelaki tu pujuk... Nak tau pujuk dengan apa? Haaa...dengan ayat Quran. Tak pasti surah apa, samada Maryam atau al-Baqarah..tapi bukan ayat yang biasa dihafal (untuk doa dsbnya.). Ingatkan da baca sikit je...tapi tak.... Dia baca lama jugak...dan sangat lancar. SubhanAllah.. Bagi orang yang dah biasa, mungkin tak ada apa-apa kalau tengok budak kecil baca surah secara hafazan. Tapi for me yang tak pernah tengok,

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Image
Sape dah tengok movie ni???? Best ke tak? Hm..susah nak jawab. Sebenarnya, cerita ni tak termasuk dalam senarai movie yang nak ditengok... Aritu nak tengok cerita yang Johnny Mr. Bean tu..tapinya tiket habis. Jadi beli je la cerita ni....dan tertengok la...  :( Okey, ni summary review nya: Yang Best:  1. Shahiziey Sam macam biasa...selamba je bawak watak dia. Rasanya, orang tengok pun sebab dia kot. Tapi kan, tengok dia dengan Yana macam ada chemistry..sweet je. :: Bila la mamat ni nak dapat watak cerita yang heavy macam masa Evolusi KL Drift 2 tu.... He deserves a better offer la.. Sayang sangat kalau watak dia biasa-biasa je... :: 2. Scene lawan-lawan dalam movie ni biasa la...tapi kebanyakan pergerakan dengan sound effect dia selar i. Kira okey la kot. Saya suka tengok Yana buat movement, nampak sharp dan kostum yang dia pakai nampak cantik.. Macam anime sikit-sikit :) Pelakon2nya Sumber: Google Yang Tak Best: 1. Tak tau la kenapa...tapi dari dulu lagi saya macam tak berapa in den

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Image
Perasan tak..... . . . . . ....kalau dulu buat baju kurung, tahan bertahun-tahun... Takde pun kain jadi berbulu, jahitan retas dan segala bagai la. Sebabnya...tengok kat almari mak tu, berlambak baju kurung dia yang dah berpuluh tahun, tapi masih cantik, elok je jahitan. Kalau zaman sekarang ni, baru beli 2-3 bulan, pakai 5-6 kali, dh mula dah macam-macam kerosakan nya. Rasa-rasanya, logik tak nak bagi alasan macam ni: 1. Jenis kain:  Sekarang ni banyak kain yang pelik-pelik. Serai wangi la, Indian cotton la, viscose segala macam. Sesetengah kain tu jenis yang tak tahan lama.  2. Kemalasan untuk penjagaan baju:  Memandangkan dah penat balik kerja, main campak je dalam mesin basuh. Spin semua...siap tersangkut-sangkut kat mesin...akhirnya banyak la benang tercabut dan musnah la baju tu. 3. Jahitan ala kadar: Ni pulak stail asal boleh cantum je . Tak kira la baju beli atau baju tempah. Tambah pulak kalau nak jimat kos, pakai benang yang murah. 4. Perubahan saiz: Hehe...yang ni ramai y

WORDless wednesday :)

Image

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???

Image
Semalam bermulanya episod rancangan Ustazah Pilihan kat Astro. Rasanya setiap orang ada pendapat masing-masing mengenai rancangan ni. Bagi saya yang ala-ala ortodoks & tak berapa open minded ni, saya tak prefer sangat la. Bukannya apa...isi kandungannya mungkin baik dan bermanfaat. Cuma dengan tajuk 'ustazah' tu..macam terlalu tinggi je statusnya. Harap-harap perjalanan sepanjang rancangan ni betul-betul memartabatkan wanita Islam yang setara dengan penggunaan perkataan 'ustazah' tu. Walaupun perkataan tu merujuk kepada orang yang mendidik, tapi bagi mentaliti orang Malaysia, kelazimannya perkataan tu merujuk kepada orang yang tinggi ilmu dan akhlaknya memang superb . Apa pun, kita sama-sama tengok la nanti macamana. Mudah-mudahan membawa kebaikan sepertimana program Imam Muda... walaupun tak berapa tengok sangat pun..hehe. Akal saya cakap: teringin nak jadi macam gambar kartun kat atas tu. Cantik kan? Sejuk mata memandang...InsyaAllah.. Doakan saya. :)

C.O.M.E.L

Image
. . . . . . . . . . . . . . . . C.O.M.E.L kan.........hehe...

Penyakit lepas raya :(

Image
Sekarang ni..perasan tak dah mula musim orang sakit... Lepas je musim perayaan, ada la yang demam, batuk, selsema, segala bagai.. Tambah pulak keadaan cuaca sekarang panas. Kalau di KL dah tambah dengan jerebu. Aku pun dah sakit tekak . Pedih dah asyik batuk-batuk je. Semalam dah beli Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika ...hehe... Tapi ambik masa la agaknya nak sembuh. For the time being, minum air kosong banyak-banyak je. Bagus la jugak.... 0 kalori ..hehe..  Frenz, jaga kesihatan di musim perayaan ni ye. Mudah-mudahan semua sihat dan dapat jalankan tugas seharian dengan baik. :) Be well, do good & keep in touch,

I'm sooooooo M.A.D...

Image
Ni memang marah sungguh-sungguh la ni...tapi tak berani nak cakap terus terang... Kisahnya, aritu ada la bagi pinjam External Hard Disk kat sorang kawan ni....sebab dia nak reformat laptop dia sebelum dia balik ke US... Lama la jugak, dalam sebulan kot dia pinjam. Pastu nak raya baru ni, dia bagi semula. Asalnya tak rasa pelik apa-apa pun...tapi tiba-tiba nak transfer movie, tak muat pulak. Baru perasan yang disk tu dah penuh. Pelik la jugak...sebab tak banyak file pun. Tengok kat setting, folder view tu on untuk hide file. Unhide la semula... Amek kau..terjumpa la folder yang mengandungi 'sesuatu' yang tak sepatutnya..... Banyak pulak tu... Rasa nak menyumpah sampai jadik sesumpah je. Geram betul. Dah la pinjam barang orang...simpan pulak benda-benda macam tu. Harus la kalau nak marah kan... (*_*)  Kalau 'dia' terbaca entry ni.... kau tau, aku tau.  Sudah-sudah la dengan benda macam tu... Boleh jadi fitnah kat aku pulak... Ye la kan..kalau la ada orang lain pinjam dis

Salam Aidilfitri untuk semua....

Image
Dah lewat dah nak wish Selamat Hari Raya untuk semua kan... Lama sangat x update belog nih. Xpe la...late is better than never :) Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin untuk kawan-kawan dan semua yang baca belog ni. Dah beraya tu....sambung balik kerja masing-masing ye... Ambik mood nak kerja pulak.. :)

1/3 sudah berlalu

Image
Pejam celik, pejam celik, dah habis 1/3 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Belum sempat nak gunakan masa semaksima mungkin untuk Dia. Tau-tau je nanti dah masuk Syawal. Sayang sekali Ramadhan dibiarkan berlalu tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Teringat masa zaman-zaman sekolah dulu, SPM memang dalam bulan Ramadhan. Waktu tu terasa sangatlah tenang. Tambah pulak dengan kedatangan Ramadhan, terasa lebih diberkati.  Ramai di antara kita yang tahu bahawa Ramadhan memang datang dengan rahmat yang tidak terkira. Tapi ramai juga yang lupa untuk mengambil keberkatannya...sebaliknya sibuk dengan lapar, berbuka puasa dengan juadah yang enak-enak dan berhabis ratusan ringgit (malah mungkin ribuan) untuk menyambut 1 Syawal. Hakikatnya, tidak salah untuk menyambut lebaran dengan segala persiapan, malah memang itu hari kemenangan untuk umat Islam. Namun, janganlah sampai Ramadhan dibiarkan berlalu begitu saja...atau lebih buruk lagi, dialu-alukan untuk cepat berlalu . 

Teringat Nora Elena n Seth Tan...jenguk kejap la..

Image
Credit: (ost nora elena) Biar Hati Mencintai-sarah Aqila f

Bila terdengar Kembang Perawan...

Tak tau ape tu Kembang Perawan?? Tu nama lagu la... Tak tau jugak?? Klik sini . Tiba-tiba rasa nak dengar berkali-kali lagu ni. Macam rasa terbang ala-ala pari-pari dalam taman je. Dunia terasa indah dan penuh dengan chenta.. huhu..

Amaran: Jangan Klik Kalau Lapar

Image
Sebagai penggemar tegar pastry, kek dan segenetik nya...harus la teringin nak makan trifle kala puasa ni. Trifle tu apa? La... yang berlapis2, sweet dan boleh dimakan tu la. Tak tau jugak? Meh baca sini . Tak faham? Takpe2...meh nak cite pasal trifle ni.  :: Asal usul trifle :: Sejarah awal penciptaan Trifle ditunjukkan dalam sebuah buku ("The good huswife's Jewell)  oleh Thomas Dawson di England pada tahun 1596. Pada awalnya, resipi tu hanya berbentuk krim berperisa gula halia dan air mawar. Lebih kurang 60 tahun selepas itu, tercipta pula revolusi untuk Trifle ni, dengan menambahkan susu dan kastard yang dicurahkan atas roti yang direndam dengan minuman beralkohol. :: Trifle di Malaysia :: Kalau dilihat Trifle di luar negara, kebanyakkannya masih mengekalkan penggunaan alkohol dalam proses pembuatannya... Ada yang tambah dengai wine, liquor dan sebagainya, bergantung kepada kegemaran masing-masing. Tapi di Malaysia ni, kita tak tambah la benda-benda tu. Cukup dengan kek ya

Siapa yang lebih diperlukan??

Image
Selalunya dalam hidup, sesiapa pun sentiasa mahukan perhatian, ada orang lain yang ambil berat. Tapi semua tu ada harga yang perlu dibayar. Apabila dah terbiasa dengan perhatian, dan tiba-tiba terpaksa berdiri sendirian, langkah jadi pincang. Berdiri pun tak mampu bertahan lama. Kecenderungan untuk berpaut kepada orang lain menyebabkan diri akan semakin lemah, tak mampu nak menghadapi kesedihan dan dugaan. Gambar hiasan: Ihsan Google. Tiada perhatian bukan bermakna tiada kasih sayang. Mudah diungkapkan tapi untuk menelan kata-kata tu....hati akan semakin goyah. Kadang-kadang manusia lupa yang diri sendiri perlu digembirakan....dan bukannya orang lain yang diperlukan. Saat dia menyatakan 'Aku tak hepi'.... dia telah meletakkan diri sendiri dalam ke'tidakgembiraan' tu... [Malam tadi tengok Private Practice: Seorang mak cik tua depress disebabkan kawan untuk main catur dia meninggal...dan dia menyesal sebab tak pernah cakap dia sayangkan lelaki tu...sehingga lelaki tu mati

Bukan setiap hari adalah hari yang BAIK....

Image
...tapi bukan setiap hari pun hari yang BURUK.... Definisi dan tafsiran untuk hari-hari yang datang dalam hidup bukan juga sesuatu yang mudah. Semakin difikirkan, semakin membingungkan.

Projek Photobook: Ada beribu-ribu gambar...macamana nak pilih??

Image
Sebenarnya...memang dah lama sangat berhajat nak buat photobook ni... Tapi memandangkan laptop tu dah tak berapa laju...malas nak download software. Tapi dua tiga menjak ni, rajin la pulak nak buat...guna PC. Tapi sampai sekarang tak siap-siap pun..hehe...  Special project ni dibuat untuk cover 4 tahun kehidupan kat uni... Gambar sangat lah banyak....dan tu menjadi penghalang paling utama untuk siapkan benda ni. Nak pilih-pilih pun dah makan masa....ada beribu-ribu kot gambarnya... yang nak pakai just tak sampai 100 pun.  Akhirnya, terpaksa select secara automatik... Nak tau macamana nak buat? Ha.... 1. First sekali....kumpul semua gambar tu, letak dalam 1 folder. 2. Auto arrange semua photo tu...ikut saiz dia...tak kira la ascending ke..descending ke...  3. Select semua gambar yang saiz agak-agak kecik.... Dalam kes ni, sy select yang saiz kurang daripada 1MB. Lepas tu, buat-buat tak ada perasaan dan delete je gambar-gambar tu. (Berisiko la untuk terdelete gambar yang meaningful...t

Serius nak tengok cite ni...

Image
Selepas dikecewakan dengan movie Sekali Lagi... (walaupun ada Sam kat dalam cite tu).... Tetiba macam excited tengok trailer ni.... Sam kalau cakap dialek Kelantan..kiut la..hehe.. Plus dalam cite ni watak Shamsul memang lain daripada yang dia pernah bawak. Walaupun ramai komen kata lakonan dia x seberapa...tapi nak admit kat sini...sebenarnya memang suka tengok dia...especially masa dalam cite Khurafat... :) Malangnya...lambat lagi la nak tunggu November... Ish... 

myMetro | Wanita Malaysia yakin anak perempuan boleh berjaya

Image
p/s: Bear ni tak diketahui jantina :p Credit to Google Nak baca artikel lengkap? Klik sini... myMetro | Wanita Malaysia yakin anak perempuan boleh berjaya Bukannya apa... tertarik kat ayat nih... " Ia juga mendapati capaian wanita terhadap pendidikan tinggi merupakan suatu pencapaian penting di negara maju, tetapi d i negara sedang muncul, peluang mengikuti pengajian di kolej dianggap suatu kemewahan dan oleh itu, keinginan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi semakin meningkat."  Erk....kebanyakkan yang sambung belajar tinggi-tinggi ni sebab simbol  kemewahan ke?? Apa cerita ni??  Terfikir pulak...patutlah kalau student2 Uni ni..gadjet semua up-to-date...dressing pulak kebanyakkan mengalahkan Paris Hilton...dan pointer nye pun ala-ala ikan dah nak habis nyawa ... Jangan marah ye student2....cakap daripada pemerhatian & pengalaman je. :) 

HARI INI adalah milikku

Image
Pict: From Google Seandainya anda percaya akan diri sendiri dan mampu mengerjakan segala sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat, anda akan dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip; "Masa hidupku hanyalah pada hari ini." Prinsip inilah yang akan manyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.   [Jangan Bersedih: Dr. 'Aidh]

10 benda yang semakin hilang dalam kemeriahan Majlis Perkahwinan

Image
Sekarang ni kan, hampir setiap minggu ada Majlis Perkahwinan. Takda dah tunggu musim cuti sekolah segala bagai untuk 'menganjurkan' majlis perkahwinan ni. Mungkin sebab ramai sangat yang nak kawin agaknya...terpaksa atur ikut kekosongan. Semalam terbaca satu artikel dalam majalah pasal bekas bunga telur tanpa telur yang macam dah jadi trend Majlis Perkahwinan zaman moden ni. Macam-macam trend dah zaman sekarang ni. Kreatif nya terlebih. Seronok jugak observe majlis-majlis orang lain...ala-ala survey la tu... Okey..hari ni nak share 1 senarai...10 perkara yang semakin hilang dalam kemeriahan Majlis Perkahwinan. Ni pendapat je la...so sape-sape yang kekurangan dalam majlis masing-masing tu, hak korang la, k... :) 1. Bunga Telur + telur Kalau ada siapa-siapa kat sini yang seumur dengan saye, mesti tau cerita Off Bunga telur and Bally Shoes. Lupa? Ala..yang belajar masa literature english form 3 tu... Dalam cerita tu, dikisahkan mengenai kepentingan bunga telur dalam sesebuah majli

Filem: Sekali Lagi

Screen Review 8 Julai 20 Filem: Sekali Lagi Pelakon Utama:  Sam, Lisa, Mia Sara, Bront, dan ramai lagi. Komen:   Light drama, banyak  scene  yang buatkan orang gelak, walaupun bukan lawak bodoh...cuma keletah si Mia & Sam yang memang comel. Tapi kalau dibandingkan dengan Adamaya, rasa macam Adamaya lebih kemas dan teratur. Ada sesetangah scene, nampak jelas sangat mulut tak sama dengan suara.  Adegan Paling Best: Masa Lisa tidurkan Mia, Mia tidurkan Lisa. Comelnya Mia... Betul-betul nampak bijak. Rating:   3/5

Kelas Fotografi (Lighting)

Image
Announcement:  Sape2 yg minat nak join kelas fotografi (fokus: lighting) ... harga sangat berpatutan ... Tarikh: 10 Julai 2011 (Ahad) Masa: 10 pagi - 1 tengahari Bayaran: RM 30.00 sahaja (bayar masa hari Ahad tu) Lokasi: Bukit Antarabangsa Last confirmation untuk pendaftaran : Sabtu (9 Julai 2011) Nak tau siapa yang akan mengajar atau nak maklumat lanjut? Contact je 012 338 0464 .  Tempat terhad kepada 30 orang . Cepat la ye!!!

Eksperimen Minyak Kereta....edisi ketinggalan zaman.. :P

Image
Sebenarnya, sebelum ni kalau isi minyak, main redah je mana-mana stesen yang ada. Tapi 2 minggu lepas masa nak balik Johor, try la guna 1 minyak je. Ni eksperimen guna minyak Shell... mesti korang selalu tgk iklan yang jimat 1 liter tu kan... Jom kita tengok hasil eksperimen ni ye. Lokasi:  Bandar Tenggara, Johor - Kuala Lumpur (Keramat) Ni odometer sebelum minyak diisi. Ada lagi 2 bar. Kali terakhir isi minyak..full tank, sebelum balik kampung. Dah ulang alik ke Sg. Sayong dalam 5 kali kot...sebab time tu cousin nak bertunang. So, berulang dari rumah mak ke rumah dia. Dah ulang banyak kali pun, minyak masih banyak. Ni baru lepas isi minyak. Full tank ye... nanti kita tengok apa hasilnya. Ni masa berhenti rest kat Hentian Pagoh. Dah jauh jugak perjalanan...dan kelajuan yang standard...baru hilang 1 bar . Okey...dah sampai rumah. Tengok....tak sampai setengah pun minyak dah pakai (walaupun tank tu memang besar kat atas, so memang la banyak sebenarnya minyak dah pakai). Selalunya, kalau

Addicted to this song...

Image
SABHI SADDI FT HELENA - TANPAMU OST NUR KASIH THE MOVIE  First time dengar lagu ni sebenarnya masa tengok movie Nur Kasih... Masa tu rasa macam touching sangat...tapi tak la menghayati lirik dia sangat. Baru-baru ni terdengar lagi....baru nak dengar betul-betul.... Rasa meaningful la pulak... Layan je.. :)

Promosi free....Mari membeli buku...

Image
Assalamualaikum dan salam hari Jumaat untuk semua.... Ni promosi free la ye..... Sape-sape yang suka membaca tu (terutamanya yang ada kad ahli kedai Popular) ..jom kita serbu Pameran Buku oleh Popular... Banyak buku-buku yang anda boleh beli dengan diskaun sehingga 70%.   Lokasinya....senang je. Tau tak Wangsa Walk ?? Masuk je kat dalam tu...kawasan pamerannya berdekatan dengan kedai Roti Boy & Subway ... Selamat membeli dengan berhemah ye.. :) Jom kita tengok gambar-gambar sekitar pameran tu... Macam-macam buku ada kat sini... Ni untuk peminat-peminat komik... Menarik kan tajuk buku ni.... Rasa macam nak beli, tapi poketku tidak membenarkan... (T_T) Mari memborong buku beramai-ramai ye... =)