1/3 sudah berlalu

Pejam celik, pejam celik, dah habis 1/3 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Belum sempat nak gunakan masa semaksima mungkin untuk Dia. Tau-tau je nanti dah masuk Syawal. Sayang sekali Ramadhan dibiarkan berlalu tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Teringat masa zaman-zaman sekolah dulu, SPM memang dalam bulan Ramadhan. Waktu tu terasa sangatlah tenang. Tambah pulak dengan kedatangan Ramadhan, terasa lebih diberkati. 



Ramai di antara kita yang tahu bahawa Ramadhan memang datang dengan rahmat yang tidak terkira. Tapi ramai juga yang lupa untuk mengambil keberkatannya...sebaliknya sibuk dengan lapar, berbuka puasa dengan juadah yang enak-enak dan berhabis ratusan ringgit (malah mungkin ribuan) untuk menyambut 1 Syawal. Hakikatnya, tidak salah untuk menyambut lebaran dengan segala persiapan, malah memang itu hari kemenangan untuk umat Islam. Namun, janganlah sampai Ramadhan dibiarkan berlalu begitu saja...atau lebih buruk lagi, dialu-alukan untuk cepat berlalu

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???