Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Sape dah tengok movie ni???? Best ke tak? Hm..susah nak jawab. Sebenarnya, cerita ni tak termasuk dalam senarai movie yang nak ditengok... Aritu nak tengok cerita yang Johnny Mr. Bean tu..tapinya tiket habis. Jadi beli je la cerita ni....dan tertengok la...  :(


Okey, ni summary review nya:

Yang Best: 
1. Shahiziey Sam macam biasa...selamba je bawak watak dia. Rasanya, orang tengok pun sebab dia kot. Tapi kan, tengok dia dengan Yana macam ada chemistry..sweet je. :: Bila la mamat ni nak dapat watak cerita yang heavy macam masa Evolusi KL Drift 2 tu.... He deserves a better offer la.. Sayang sangat kalau watak dia biasa-biasa je... ::

2. Scene lawan-lawan dalam movie ni biasa la...tapi kebanyakan pergerakan dengan sound effect dia selari. Kira okey la kot. Saya suka tengok Yana buat movement, nampak sharp dan kostum yang dia pakai nampak cantik.. Macam anime sikit-sikit :)




Pelakon2nya
Sumber: Google



Yang Tak Best:

1. Tak tau la kenapa...tapi dari dulu lagi saya macam tak berapa in dengan lakonan Intan... Masa cerita Jangan Pandang Belakang pun sama... Tak berapa sesuai kot...huhu

2. Jalan cerita agak boleh nak predict (maaf untuk kesalahan tatabahasa :)). Sebabnya: awal-awal lagi kan diorang dah bagitau, nak cari jalan untuk satukan puak-puak gangster tu.... 

3. Cerita ni agak macam sindir-sindir politik Malaysia... Sape tengok, dia faham la rasanya :)


Setakat 28 September 2011, tengok kutipannya tak berapa nak memberansangkan... Tapi masa saya pergi tengok tu...penuh je cinema hall... Takpe, kita tengok update kutipan nya nanti... 


Sumber: Finas.gov.my


Overall, Bini-biniku Gangster kalau sebagai light movie untuk santai-santai dan gelak-gelak, kira okey la.... Penat gelak tengok Sam & Yana... Sweeetttt.. Pas ni wat movie sama-sama lagi, k... (*_*)

Score: 3/5

Comments

Popular posts from this blog

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???