Projek Photobook: Ada beribu-ribu gambar...macamana nak pilih??

Sebenarnya...memang dah lama sangat berhajat nak buat photobook ni... Tapi memandangkan laptop tu dah tak berapa laju...malas nak download software. Tapi dua tiga menjak ni, rajin la pulak nak buat...guna PC. Tapi sampai sekarang tak siap-siap pun..hehe... 

Special project ni dibuat untuk cover 4 tahun kehidupan kat uni... Gambar sangat lah banyak....dan tu menjadi penghalang paling utama untuk siapkan benda ni. Nak pilih-pilih pun dah makan masa....ada beribu-ribu kot gambarnya... yang nak pakai just tak sampai 100 pun.  Akhirnya, terpaksa select secara automatik... Nak tau macamana nak buat? Ha....

1. First sekali....kumpul semua gambar tu, letak dalam 1 folder.
2. Auto arrange semua photo tu...ikut saiz dia...tak kira la ascending ke..descending ke... 
3. Select semua gambar yang saiz agak-agak kecik.... Dalam kes ni, sy select yang saiz kurang daripada 1MB. Lepas tu, buat-buat tak ada perasaan dan delete je gambar-gambar tu. (Berisiko la untuk terdelete gambar yang meaningful...tapi kalau dah saiz nya kecik....semestinya akan menjejaskan kualiti photobook tu... That's the reason gambar-gambar tu harus di delete..)
4. Asingkan gambar ikut saiz. (buat la folder-folder lain...2MB, 3MB,4MB dan seterusnya). Reason: Mudah untuk pilih satu-satu.
5. Mulakan memilih gambar dengan gambar bersaiz besar... Gambar yang taknak pakai tu, delete je terus daripad folder final photo tu... Ulang je sampai dapat bilangan gambar yang nak digunakan. Prepare lebih sikit gambarnya....jadi masih ada pilihan masa nak buat photobook tu...

By the way...sy guna Pixajoy untuk siapkan dan print nanti... Harga murah...dan software dia banyak item cantik-cantik.

Ni example yang siap..





Comments

Popular posts from this blog

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???