Eksperimen Minyak Kereta....edisi ketinggalan zaman.. :P

Sebenarnya, sebelum ni kalau isi minyak, main redah je mana-mana stesen yang ada. Tapi 2 minggu lepas masa nak balik Johor, try la guna 1 minyak je. Ni eksperimen guna minyak Shell... mesti korang selalu tgk iklan yang jimat 1 liter tu kan... Jom kita tengok hasil eksperimen ni ye.

Lokasi: 
Bandar Tenggara, Johor - Kuala Lumpur (Keramat)

Ni odometer sebelum minyak diisi. Ada lagi 2 bar. Kali terakhir isi minyak..full tank, sebelum balik kampung. Dah ulang alik ke Sg. Sayong dalam 5 kali kot...sebab time tu cousin nak bertunang. So, berulang dari rumah mak ke rumah dia. Dah ulang banyak kali pun, minyak masih banyak.


Ni baru lepas isi minyak. Full tank ye... nanti kita tengok apa hasilnya.





Ni masa berhenti rest kat Hentian Pagoh. Dah jauh jugak perjalanan...dan kelajuan yang standard...baru hilang 1 bar.

Okey...dah sampai rumah. Tengok....tak sampai setengah pun minyak dah pakai (walaupun tank tu memang besar kat atas, so memang la banyak sebenarnya minyak dah pakai). Selalunya, kalau perjalanan nak balik johor, mesti habis tinggal 3 bar je minyak tu. So, kesimpulannya...memang save la minyak kali ni.. :)

 Disebabkan masih tak puas hati...ambik la jugak gambar ni...masa balik kerja hari Khamis tu. Dah ulang alik pergi kerja 4 hari pun....masih ada banyak ni... hehe... Best yang amat...save duit minyak..
Kalau korang nak tau lebih, try la buat eksperimen sendiri ye.. :p

Comments

  1. patutlah ada jiran saya yang memang penjimat orangnya memilih Shell,walaupun Petronas lagi dekat dari Shell...oooo

    ReplyDelete
  2. haah kot... tapi ada pro n kons la jugak. Ada yang kata, minyak Petronas ada yang kata lebih clean..baik untuk enjin. Tapi xtau la... asal okey je..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???