Posts

Showing posts from January, 2011

Experience of motherhood...

Image
Semalam berkesempatan pinjam anak kawan....nama dia Jiji, umur 3 tahun (kalau tak silap la). Dalam hujan renyai-renyai tu, bawak Jiji dengan Aisyah pergi Jusco dekat dengan rumah tu....and the experience of motherhood pun bermula.... Rasa nak gelak je... Macam bawak anak pergi shopping...dan seriously, penat ya amat...!! Jom kita tengok gelagat si Jiji ni... Ala-ala model pulak posing tu... Sibuk dia nak posing dengan Bit Bit.... Rupa-rupanya rabbit besar kat lower level... Nampak tak belon warna biru tu? Haa..tu la hasilnya mengejar dia yang masuk kedai cermin mata...then cakap 'ummi..nak belon....' :) Mamat kat kedai tu pulak selamba je... 'tak pe kak..ambik la belon tu. Memang nak bagi kat anak-anak'...hehe.. Ni la dia Bit Bit yang dia dok sebut tu.... Okey...now smile with mummy...hehe.. :)

Si arnab yang comel...

Image
Tiba-tiba terfikir pasal arnab ni lepas baca artikel dalam akhbar Kosmo pagi ni.... Sedar tak sedar, tahun ni merupakan tahun arnab dalam kalendar luna cina. Kiranya, tahun saya la kan sebab saya lahir tahun arnab..hehe... Entry kali ni bukan la nak cerita pasal tahun arnab dalam kalendar cina...cuma nak share sikit signifikan arnab dalam kehidupan seharian kita. Arnab sememangnya dikenali sebagai haiwan yang comel dan selalunya dijadikan binatang peliharaan. Cuma kalau nak pelihara arnab ni, penjagaannya agak rumit...tidak seperti kucing. Makanan dia pun lain....x makan kot tulang-tulang ikan macam yang kita boleh bagi kat kucing. Apa pun, ramai juga yang masih nak pelihara arnab ni...disebabkan kecomelannya... Tak percaya? Tengok ni.... Comel kan... Sejuk je mata tengok muka kesian arnab ni... Tapi ada jugak arnab versi nakal. Ingat Bugs Bunny? Rasa-rasanya, dia kot arnab yang paling fofular sejak zaman dulu lagi sampai la sekarang. Gigi dia tu dah jadi trademark....dan pastinya rama

Mimpi: Siri I

Image
Setiap hari manusia mengambil sebahagian besar masa untuk berehat daripada menggunakan anggota badan dan otak….atau dalam erti kata lain.. TIDUR . Kerap juga seseorang itu bermimpi semasa sedang tidur. Kadang-kadang kita selalu mendengar sesetengah orang kata… “Mimpi je…kan mainan tidur…” atau pun…. “Kau fikir sangat hal tu…sampai terbawa-bawa dalam mimpi…” Kenapa manusia bermimpi…?? Adakah disebabkan oleh kehidupan seharian…atau kerana pemikiran…atau kerana gangguan psikologi?? Banyak pendapat mengenai mimpi dan terpulang kepada kita untuk memilih pendapat yang kita persetujui. Kajian mengenai mimpi juga sering mendapat perhatian daripada pengamal psikologi di serata dunia. Malah, Sigmund Freud yang merupakan antara pelopor bidang psikologi juga kerap menjadikan mimpi sebagai landasan untuk menjana teori-teori baru dalam bidang psikologi. Antara pendapat yang paling popular mengenai mimpi adalah kesinambungan minda separa sedar (subconscious mind) yang dipengaruhi oleh minda seda