Posts

Showing posts from February, 2011

Best scene ever...

Image
Sungguh-sungguh demam la hari ni... Scene yang paling sweet kot.... Suka betul... Tak tau nak cakap apa. Tengok la sendiri.. 

Promosi Percuma... Nur Kasih The Movie - Yassin & Tizz Zaqyah (Dipawagam: 19 May 2011)

Image
Tambah lagi satu... Best2....dan lagi best kalau Tiz terus je pakai mcm tu.... :) Anyway, personally suka suara dia. Sesuai, tak over ... VC pun smart.....memang cantik. Congratez to the team.

Excited tahap kunang2...Fenomena Nur Kasih datang lagi...

Image
Serius....dah lama sangat tunggu...rasa macam nak paksa je movie ni ditayangkan cepat2.... Tak boleh ke tukar 19 Mei tu jadi 19 Mac ...huhu... Kiut je... =)  Nur Kasih ni sangat2 la signifikan dengan kehidupan masa kat Uni... Mana tak nya... sanggup ponteng kelas malam semata-mata berkejar nak tengok cerita ni. Masa tu...bohong la kalau ada yang cakap xnak lelaki sebaik Adam tu... Dulu masa mula2 cerita ni nak keluar, tak terasa macam nak tengok pun. Nampak poster kat dalam lrt, terdetik hati kata... 'ntah siapa-siapa la yang diorang ni pilih untuk jadi pelakon cerita ni. Tak popular pun. Kenal si Fizz tu je. Mesti tiru macam cerita indonesia ni...ala2 Ayat2 Cinta ' (maklum la time tu hot lagi cerita Ayat2 Cinta tu) ...   At the end....ambik kau... Termimpi2 sampai ha.... Bukan setakat si Adam, tengok Nur Aminah tu pun rasa sejuk je hati. Yang paling penting, nampak natural je cerita ni... Nampaknya sekarang ni kena la rewind trailer movie ni banyak2 kali.... Tengok trail

Lama dah tak tengok MELODI tu...

Image
Berehat sebentar sambil bekerja..... :P Ada cerita sikit... Sebenarnya, kalau dulu-dulu waktu hari Ahad memang tertunggu-tunggu dua rancangan ni; MELODI & NONA . Tapi tak tau lah kenapa, semenjak dua menjak ni memang jarang la nak tengok. Mungkin sebab dah tau banyak gosip (al maklum lah...dunia di hujung jari)...atau pun mungkin sebab dah bosan dengan cerita-cerita kontroversi yang lebih kurang je...tak berapa hot, suam2 kuku.. Tapi tiba-tiba macam excited la pulak nak tengok....memandangkan ada si Zizan Raja Lawak tu jadi pengacara. Bukan sebab dah bosan dengan Fafau dan  Wahid, tapi mungkin sebab diorang dah lama sangat kot. Bagus jugak la perubahan ni... thumbs up :) Hm..bila la pulak Nona akan ada perubahan? Rasanya belum ada feel sangat nak tengok dengan format baru ni. Pengisiannya bagus...cuma mungkin tak berapa menarik hati. Boleh rasa beza....macam beza antara tengok American Next Top Model vs Britain Next Top Model . Versi Amerika macam lebih friendly, tapi versi Brit

Junior Masterchef Australia

Image
Siapa-siapa yang suka budak-budak kecil yang pandai masak...mesti takkan lepaskan peluang untuk tengok rancangan Junior Masterchef Australia ni. Betul tak?? Comel-comel je...dengan petah bercakapnya...  Suka tengok peserta-peserta ni sebab mereka menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi..terutamanya apabila berdepan dengan orang ramai dan  public  secara umum.  Saya terfikir la, nak dapatkan kanak-kanak seusia mereka ni di Malaysia yang mempunyai kebolehan memasak yang hebat tu memang la susah.... Itu bukan point utama. Saya terfikir mengenai skill berkomunikasi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ni. Terfikir pula, bila la agaknya anak-anak Malaysia akan dapat menunjukkan 'sesuatu' yang hebat...atau sekurang-kurangnya membuatkan kita rasa yang kanak-kanak bukan setakat kanak-kanak yang makan gula-gula & aiskrim...tengok cerita kartun je...  Risau pula...macamana la kanak-kanak zaman anak saya nanti..??  Si kecil comel yang pandai masak Favourite : Lucy:  Tak menang..tapi com

Steamboat best : Edisi makan FREE :)

Image
Sape suka steamboat ??? Haa..ni nak bagitau port yang best untuk makanan bernama steamboat ni. Bertambah best bila makan tu ditaja sepenuhnya (special tq to Kak Lily) , kecuali pengangkutan yang 100% tajaan Cik Nur Hazwani.  Lokasinya di Platinum Walk, Setapak. Kos dalam RM20++ je. Percuma minuman yang best-best, termasuklah aiskrim dan ABC yang boleh customize. Kalau diikutkan, rasanya dalam banyak-banyak steamboat yang pernah jumpa, ni yang paling banyak pilihan kot. Boleh la cuba, try, test .... tapi kalau hujung minggu atau hari-hari orang baru berpoket tebal dapat gaji tu, mungkin kena book la agaknya.  Dibuka daripada pukul 5 petang, dan konsep buffet... Jadi kalau nak datang tu, pastikan perut anda kosong. Kalau boleh, puasa la dua tiga hari sebelum tu...hehe.. :p Okey, cakap banyak-banyak pun x guna...mai kita tengok apa yang tersaji ni.  Amaran: Gambar-gambar ni tak sesuai untuk orang yang kelaparan...hehe :) Appetizer: Aiskrim customize (yang ni perisa jagung + vanil

Self-reward untuk stress...

Image
Manusia dan stress (atau nama melayunya 'tekanan' ) memang seiring sejalan. Cuma faktor-faktor penyebab stress tu je yang berbeza-beza. Tak pelik la kalau manusia akhir zaman sekarang ni memang asyik stress je....sebab yang jadi tukang tekan tu pun ramai... Akhirnya yang tertekan pun bertambah. Ni takda kena mengena dengan mana-mana tukang tekan . Lebih mudah kalau dikatakan, puncanya adalah diri sendiri...yang akhirnya menjadi alasan untuk mengeluarkan duit saving untuk bermini shopping . Akhirnya...ni la yang dapat..hehe... Macam gedik je nak pink2 bagai.... tapi rasa macam soothing je warna ni kan.. =)

Hari ni hari Khamis :)

Image
Kejap je dah hari Khamis.... Tak terasa pun dah nak habis seminggu kerja. Mana tak nya...2 hari MC. Harap-harap lepas ni sihat walafiat la ye... Perasan tak...malam ni malam Jumaat.. .(haa...mula la fikir yang bukan-bukan tu) . Bercakap mengenai hari Khamis malam Jumaat ni, selalu je orang salah faham... Teringat pulak satu scene dalam movie Aku Masih Dara (sape tengok movie ni, dia tau kot scene yg mana) . Bila si Ashraf (my ex-bf..hehe) cakap dia ada hal sebab malam tu malam Jumaat, terus je the girls gelak-gelak. Padahal malam tu la dia nak menambahkan amal-ibadat. Sebenarnya, nak tambah amalan tu tak kira la malam apa pun. Cuma yang nak highlight kat sini, pemikiran masyarakat kita, khususnya orang Melayu la. Banyak stigma yang kurang elok yang dah jadi budaya dan sebati dengan pemikiran. Jangan salahkan orang lain pula kalau kata masyarakat kita ada yang berfikiran low class . Sempena kedatangan hari Jumaat yang mulia ni...jom kita ramai-ramai muhasabah diri, yang baik tu ganda-ga

Malaysia dilanda jam...

Image
Sabtu lepas dalam perjalanan pulang ke KL selepas cuti tahun baru cina....dan rata-rata orang merungut keadaan jalanraya yang sesak di seluruh Malaysia. Mula-mula tu, ingatkan balik hari sabtu terselamat la daripada tersepit atas jalan raya tu...tapi haishhh....ni la jadinya... Gambar ni di'snap' selepas Plaza Tol Bentong. Credit to Mr. Izwan yang jadi photographer tak rasmi. Ha...tu dia.... Sepanjang jalan dari Bentong ke Gombak...lebih kurang macam ni la rupa dia. Paling laju pun boleh gerak 40km/jam. Dahsyat...dahsyat....