Posts

Showing posts from October, 2013

Korban..lebih dari sekadar menumbangkan seekor lembu...

Hari raya korban dah pun berlalu. Sedar tak sedar, sebenarnya hari-hari pun ada pengorbanan yang dilakukan..walaupun daripada perspektif yang berbeza. Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara yang kita lalui yang melibatkan pengorbanan. Kadang-kadang kita berkorban untuk diri sendiri.. Contoh paling mudah, korbankan duit gaji demi nak beli baju baru sebab diri nak rasa cantik bergaya. Tak mengapa la kalau rasa berbaloi, hati pun senang. Namun kadang-kadang kita terpaksa berkorban demi menjaga hati orang lain. Misalnya dalam sesebuah perhubungan. Lumrah zaman sekarang, waktu nak mengorat dan bercinta, apa pun sanggup dikorbankan. Ada juga yang mengorbankan ego semata-mata nak cairkan hati si awek. #please la...tak seswai langsung!# Selalunya pengorbanan dalam kepura-puraan ni tak akan kekal lama. Sebabnya, apabila dah berjaya ditackle, akan nampak la belang-belang yang tersembunyi selama ini. Akhirnya, ada yang terkorban hati, perasaan dan mungkin juga body.. Like for myself, kehi

Seandainya hati seputih bayi..

Image
Salam Jumaat.. Penghulu segala hari...mudah-mudahan penuh dengan keberkatan. Dalam hari yang mulia ni, doakan semoga hati-hati kita masih dibekalkan sinar untuk bermuhasabah. Kita mungkin bukan insan yang sempurna pada hari ni..kita banyak lakukan kekhilafan. Namun itu tidak bermakna selamanya kita akan jadi jahat. Kuasa dan takdir Allah, mana-mana hati pun boleh berubah.. Dalam kehidupan kita sebagai manusia, selalunya kita akan kaitkan tindakan kita dengan hati dan otak, selari dengan emosi dan akal pemikiran. Selalunya emosi akan hadir terlebih dahulu..kemudian diikuti dengan akal. Jarang nak jumpa orang yg bertindak dengan akal mendahului emosi. Bayangkan seandainya semua insan mempunyai hati sejernih dan sesuci hati bayi... Tak mungkin akan berlaku.. Mungkin hanya di syurga... Ya Allah, permudahkanlah jalan untukku, suamiku, ibu bapa dan mertuaku, keluargaku...serta muslimin dan muslimat agar kami dapat menghuni syurgaMu.. Jauhkanlah kami daripada memiliki hati yang berpaling dari