10 benda yang semakin hilang dalam kemeriahan Majlis Perkahwinan



Sekarang ni kan, hampir setiap minggu ada Majlis Perkahwinan. Takda dah tunggu musim cuti sekolah segala bagai untuk 'menganjurkan' majlis perkahwinan ni. Mungkin sebab ramai sangat yang nak kawin agaknya...terpaksa atur ikut kekosongan.

Semalam terbaca satu artikel dalam majalah pasal bekas bunga telur tanpa telur yang macam dah jadi trend Majlis Perkahwinan zaman moden ni. Macam-macam trend dah zaman sekarang ni. Kreatif nya terlebih. Seronok jugak observe majlis-majlis orang lain...ala-ala survey la tu...

Okey..hari ni nak share 1 senarai...10 perkara yang semakin hilang dalam kemeriahan Majlis Perkahwinan. Ni pendapat je la...so sape-sape yang kekurangan dalam majlis masing-masing tu, hak korang la, k... :)

1. Bunga Telur + telur
Kalau ada siapa-siapa kat sini yang seumur dengan saye, mesti tau cerita Off Bunga telur and Bally Shoes. Lupa? Ala..yang belajar masa literature english form 3 tu... Dalam cerita tu, dikisahkan mengenai kepentingan bunga telur dalam sesebuah majlis perkahwinan sebagai simbol dan kemestian. Buat yang tak tau tu...bunga telur ni lambang 'kesuburan'... Zaman dulu-dulu, macam-macam jenis telur ada... Ada yang telur rebus biasa tu, telur pindang, dan ada jugak telur warna-warni...dulu selalu tengok yang warna merah. Bunga nya pula selalunya dibuat sendiri..atau pun hanya mengunakan bekas telur biasa...dan ada jugak yang pakai kertas tisu untuk balut. Yang pasti, mesti ada telur. Tapi zaman sekarang ni dah ramai yang menggantikan telur tu dengan macam-macam... Ada yang guna muffin, gula-gula, cupcakes, coklat...etc la...yang mungkin makan kos berganda-ganda daripada sebiji telur..hatta telur gred D. Bagi yang muda-muda ni mungkin tak jadi masalah sangat..tapi bagi tetamu yang berusia...ada la nanti yang tanya..."Eh..rumah pengantin tu tak bagi telur ye??"

2. Inai Tradisional
Saye memang suka bau daun inai...tapi inai yang asli daripada pokok inai..bukannya inai sintetik yang macam water colour tu. [Attention ye: Kalau sape-sape nak pakai inai water colour tu...fikir banyak2 kali... Sebab setakat yang saye jumpa...benda tu tak telap air..so...xboleh nak ambik air sembahyang dan sebagainya...]. Point nak cakap kat sini...zaman sekarang dah ramai yang pakai inai sintetik...siap ukir2 lagi. Tak da bau daun inai pun...tapi bau macam water colour. Pastu, baru seminggu lebih, dah tertanggal...hilang seri.. Berbeza dengan inai daun...dia akan kekal pada kuku dan setiap kali kuku dipotong, baru hilang sikit-sikit. Lama la sikit nampak inai merah di jari...baru cool...

3. Majlis Khatam Quran + Berzanji + Marhaban
Majlis-majlis macam ni memang memeriahkan kenduri. Tambah pulak, selalunya dibuat malam sebelum walimah ataupun pagi tu.. Rasa ada aura dalam majlis perkahwinan...tapi sayangnya dah semakin tak ramai yang buat. Mungkin jugak lebih pentingkan majlis nyanyi-nyani karaoke tu berbanding majlis yang macam ni...

4. Ayam golek + Udang cacak pakai lidi
Dulu: suka sangat tengok atas meja pengantin....macam-macam ada.. Dan yang paling best, selalunya makanan tu dimasak sendiri oleh saudara mara. Sekarang ni macam kureng dah... Ayam pun dah kena potong-potong.... Udang cucuk-cucuk lidi pun dah digantikan dengan udang baring dalam pinggan. Tambah pulak kalau katering yang sediakan... :(

5. Kompang
Antara sebab-sebab kurang orang main kompang masa kenduri kawin:

  • Dah ada kompang dalam kaset, cd etc. Jimat sikit budget...tak payah jemput kumpulan kompang.
  • Tak ramai orang join kumpulan kompang. Biasa la...anak muda zaman sekarang lebih suka pergi jamming kat studio kot...
  • Tak kelas la bunyi kompang... I pasang lagu sentimental yang ada memori dalam percintaan kitorang.. Ewah-ewah...banyak la tak kelas... Memang la tak kelas...dan tak berapa berseri la majlis tu..


6. Air sirap bau asap
Ha... ni memang susah nak dapat sekarang. Dulu-dulu kan orang masak air dalam periuk besar...guna dapur kayu. Perisanya pulak, memang sirap la...jimat budget. Macam identiti kenduri pulak. Zaman moden sekarang ni, tak masak air pakai dapur kayu dah kot. Lepas tu air siap boleh sama warna dengan tema khemah. Mesti korang pernah tengok air warna biru air laut yang dihidangkan dalam majlis kawin kan.....

7. Meja disusun sebaris
Benda ni mungkin orang tak perasan...tapi sejak akhir-akhir ni kebanyakan meja yang disediakan adalah meja bulat yang boleh muat 10 orang tu. Memang la nampak macam kelassss....tapi yang tak bestnya, jadi janggal nak duduk. Tambah pulak kalau meja tu dah memang ada orang duduk separuh...lepas tu kena tanya... "ada orang duduk tak kat sini???"... Kalau disambut dengan senyuman dan penuh ramah mesra tu, takpe la jugak.. Ni..yang tak best bila orang tu nak tak nak je bagi duduk...macam la satu meja tu dah book siap-siap... Kalau meja tu sebaris je...tak la rasa pelik sangat...duduk je mana-mana yang kosong.

8. Makcik melatah
Meriah kan kalau ada makcik melatah... Zaman dah moden kot...makcik-makcik tak berapa nak melatah... :)

9. Pengantin cuci periuk
Teringat cerita Nora Elena, scene Seth Tan kena cuci periuk tu. Tapi memang pun...kalau kami di Johor, pengantin cuci periuk tu memang perkara biasa. Meriah sangat sebab masa tu la nak ramah mesra dengan keluarga baru. Tapi sekarang ni...nak cuci macamana...periuk pun takde. Takkan nak pergi mintak kat Tauke Katering kot??

10. Kad kawin wangi
Selalunya sekarang kad kahwin memang grand....siap ada reben-reben lagi. Tapi susah nak jumpa yang wangi macam dulu-dulu. Tak ada supplier dah agaknya. Yela..takkan nak sembur minyak wangi pulak kan....

Comments

  1. kad kawin wangi
    bunga telur
    mak cik melatah lagi tak ada.....

    gotong royong kat KL dh tak ada. semua order jer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???