Posts

Showing posts from August, 2011

1/3 sudah berlalu

Image
Pejam celik, pejam celik, dah habis 1/3 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Belum sempat nak gunakan masa semaksima mungkin untuk Dia. Tau-tau je nanti dah masuk Syawal. Sayang sekali Ramadhan dibiarkan berlalu tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Teringat masa zaman-zaman sekolah dulu, SPM memang dalam bulan Ramadhan. Waktu tu terasa sangatlah tenang. Tambah pulak dengan kedatangan Ramadhan, terasa lebih diberkati.  Ramai di antara kita yang tahu bahawa Ramadhan memang datang dengan rahmat yang tidak terkira. Tapi ramai juga yang lupa untuk mengambil keberkatannya...sebaliknya sibuk dengan lapar, berbuka puasa dengan juadah yang enak-enak dan berhabis ratusan ringgit (malah mungkin ribuan) untuk menyambut 1 Syawal. Hakikatnya, tidak salah untuk menyambut lebaran dengan segala persiapan, malah memang itu hari kemenangan untuk umat Islam. Namun, janganlah sampai Ramadhan dibiarkan berlalu begitu saja...atau lebih buruk lagi, dialu-alukan untuk cepat berlalu . 

Teringat Nora Elena n Seth Tan...jenguk kejap la..

Image
Credit: (ost nora elena) Biar Hati Mencintai-sarah Aqila f

Bila terdengar Kembang Perawan...

Tak tau ape tu Kembang Perawan?? Tu nama lagu la... Tak tau jugak?? Klik sini . Tiba-tiba rasa nak dengar berkali-kali lagu ni. Macam rasa terbang ala-ala pari-pari dalam taman je. Dunia terasa indah dan penuh dengan chenta.. huhu..

Amaran: Jangan Klik Kalau Lapar

Image
Sebagai penggemar tegar pastry, kek dan segenetik nya...harus la teringin nak makan trifle kala puasa ni. Trifle tu apa? La... yang berlapis2, sweet dan boleh dimakan tu la. Tak tau jugak? Meh baca sini . Tak faham? Takpe2...meh nak cite pasal trifle ni.  :: Asal usul trifle :: Sejarah awal penciptaan Trifle ditunjukkan dalam sebuah buku ("The good huswife's Jewell)  oleh Thomas Dawson di England pada tahun 1596. Pada awalnya, resipi tu hanya berbentuk krim berperisa gula halia dan air mawar. Lebih kurang 60 tahun selepas itu, tercipta pula revolusi untuk Trifle ni, dengan menambahkan susu dan kastard yang dicurahkan atas roti yang direndam dengan minuman beralkohol. :: Trifle di Malaysia :: Kalau dilihat Trifle di luar negara, kebanyakkannya masih mengekalkan penggunaan alkohol dalam proses pembuatannya... Ada yang tambah dengai wine, liquor dan sebagainya, bergantung kepada kegemaran masing-masing. Tapi di Malaysia ni, kita tak tambah la benda-benda tu. Cukup dengan kek ya

Siapa yang lebih diperlukan??

Image
Selalunya dalam hidup, sesiapa pun sentiasa mahukan perhatian, ada orang lain yang ambil berat. Tapi semua tu ada harga yang perlu dibayar. Apabila dah terbiasa dengan perhatian, dan tiba-tiba terpaksa berdiri sendirian, langkah jadi pincang. Berdiri pun tak mampu bertahan lama. Kecenderungan untuk berpaut kepada orang lain menyebabkan diri akan semakin lemah, tak mampu nak menghadapi kesedihan dan dugaan. Gambar hiasan: Ihsan Google. Tiada perhatian bukan bermakna tiada kasih sayang. Mudah diungkapkan tapi untuk menelan kata-kata tu....hati akan semakin goyah. Kadang-kadang manusia lupa yang diri sendiri perlu digembirakan....dan bukannya orang lain yang diperlukan. Saat dia menyatakan 'Aku tak hepi'.... dia telah meletakkan diri sendiri dalam ke'tidakgembiraan' tu... [Malam tadi tengok Private Practice: Seorang mak cik tua depress disebabkan kawan untuk main catur dia meninggal...dan dia menyesal sebab tak pernah cakap dia sayangkan lelaki tu...sehingga lelaki tu mati

Bukan setiap hari adalah hari yang BAIK....

Image
...tapi bukan setiap hari pun hari yang BURUK.... Definisi dan tafsiran untuk hari-hari yang datang dalam hidup bukan juga sesuatu yang mudah. Semakin difikirkan, semakin membingungkan.

Projek Photobook: Ada beribu-ribu gambar...macamana nak pilih??

Image
Sebenarnya...memang dah lama sangat berhajat nak buat photobook ni... Tapi memandangkan laptop tu dah tak berapa laju...malas nak download software. Tapi dua tiga menjak ni, rajin la pulak nak buat...guna PC. Tapi sampai sekarang tak siap-siap pun..hehe...  Special project ni dibuat untuk cover 4 tahun kehidupan kat uni... Gambar sangat lah banyak....dan tu menjadi penghalang paling utama untuk siapkan benda ni. Nak pilih-pilih pun dah makan masa....ada beribu-ribu kot gambarnya... yang nak pakai just tak sampai 100 pun.  Akhirnya, terpaksa select secara automatik... Nak tau macamana nak buat? Ha.... 1. First sekali....kumpul semua gambar tu, letak dalam 1 folder. 2. Auto arrange semua photo tu...ikut saiz dia...tak kira la ascending ke..descending ke...  3. Select semua gambar yang saiz agak-agak kecik.... Dalam kes ni, sy select yang saiz kurang daripada 1MB. Lepas tu, buat-buat tak ada perasaan dan delete je gambar-gambar tu. (Berisiko la untuk terdelete gambar yang meaningful...t

Serius nak tengok cite ni...

Image
Selepas dikecewakan dengan movie Sekali Lagi... (walaupun ada Sam kat dalam cite tu).... Tetiba macam excited tengok trailer ni.... Sam kalau cakap dialek Kelantan..kiut la..hehe.. Plus dalam cite ni watak Shamsul memang lain daripada yang dia pernah bawak. Walaupun ramai komen kata lakonan dia x seberapa...tapi nak admit kat sini...sebenarnya memang suka tengok dia...especially masa dalam cite Khurafat... :) Malangnya...lambat lagi la nak tunggu November... Ish...