Steamboat best : Edisi makan FREE :)

Sape suka steamboat??? Haa..ni nak bagitau port yang best untuk makanan bernama steamboat ni. Bertambah best bila makan tu ditaja sepenuhnya (special tq to Kak Lily), kecuali pengangkutan yang 100% tajaan Cik Nur Hazwani. 

Lokasinya di Platinum Walk, Setapak. Kos dalam RM20++ je. Percuma minuman yang best-best, termasuklah aiskrim dan ABC yang boleh customize. Kalau diikutkan, rasanya dalam banyak-banyak steamboat yang pernah jumpa, ni yang paling banyak pilihan kot. Boleh la cuba, try, test....tapi kalau hujung minggu atau hari-hari orang baru berpoket tebal dapat gaji tu, mungkin kena book la agaknya. 
Dibuka daripada pukul 5 petang, dan konsep buffet... Jadi kalau nak datang tu, pastikan perut anda kosong. Kalau boleh, puasa la dua tiga hari sebelum tu...hehe.. :p


Okey, cakap banyak-banyak pun x guna...mai kita tengok apa yang tersaji ni. 

Amaran: Gambar-gambar ni tak sesuai untuk orang yang kelaparan...hehe :)

Appetizer: Aiskrim customize (yang ni perisa jagung + vanilla + chocovanilla +choc cair).  Confirm anak-anak memang suka la....mak budak dah memang gila aiskrim dah...

Sila masuk ye... 5 petang - 12 tgh malam. Jangan datang tengahari pulak...nanti makan angin je.. :)

Ni sebahagian je daripada bahan-bahan yang tersedia...

Macam-macam ada..

Seafood...tak tahu la pulak nama satu2 benda ni...

sotong....dan kawan2...

Akhirnya...ni je yang terpilih untuk duduk atas pinggan ni... 

Dah ready nak masuk perut :)

Nama kedai semua ada kat sini ye..
p/s: Encik Tukang Kedai, saya tolong promote kedai awak ni... Kalau nak jemput makan free, bagitau ye..hehe

Part makanan sihat sedunia 

Frutty :)

Ni Tuan & Puan yang membelanja kami.. :) TQ2... lain kali ajak la lagi..


Tak tau la nama makanan ni ape..tapi seafood la..hehe... Ni Ecah punya..saya tak makan yang  ada shells ni.... (-_-)




Comments

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???