Hari ni hari Khamis :)


Kejap je dah hari Khamis.... Tak terasa pun dah nak habis seminggu kerja. Mana tak nya...2 hari MC. Harap-harap lepas ni sihat walafiat la ye...

Perasan tak...malam ni malam Jumaat...(haa...mula la fikir yang bukan-bukan tu). Bercakap mengenai hari Khamis malam Jumaat ni, selalu je orang salah faham... Teringat pulak satu scene dalam movie Aku Masih Dara (sape tengok movie ni, dia tau kot scene yg mana). Bila si Ashraf (my ex-bf..hehe) cakap dia ada hal sebab malam tu malam Jumaat, terus je the girls gelak-gelak. Padahal malam tu la dia nak menambahkan amal-ibadat.

Sebenarnya, nak tambah amalan tu tak kira la malam apa pun. Cuma yang nak highlight kat sini, pemikiran masyarakat kita, khususnya orang Melayu la. Banyak stigma yang kurang elok yang dah jadi budaya dan sebati dengan pemikiran. Jangan salahkan orang lain pula kalau kata masyarakat kita ada yang berfikiran low class.


Sempena kedatangan hari Jumaat yang mulia ni...jom kita ramai-ramai muhasabah diri, yang baik tu ganda-gandakan... yang kurang baik tu...jadikan pengajaran. :) Kepada kaum muslimin tu, jangan la lupa pulak nak pergi solat Jumaat. Tak kisah la kalau solat Jumaat tu je pun yang dikerjakan dalam seminggu...mudah-mudahan terbuka pintu hati untuk solat selengkapnya. InsyaAllah...

Comments

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???