Doa untuk yang telah pergi...

Assalamualaikum...Salam Jumaat,
Pagi tadi mendapat perkhabaran perginya ayahanda kepada sahabatku, Nur Fahimah di Senawang. 



Sememangnya, hati pasti akan sebak..
Air mata pasti akan menitis..
Namun janji Allah itu pasti...
Dan sudah masanya dia kembali kepadaNya...
Semoga dipermudahkan di alam sana,  mendapat keampunan, rahmat dan pandangan kasih sayang daripadaNya...

Buat sahabatku... semoga tabah dengan pemergian ini. Doa anak yang soleh dan solehah itu akan menjadi bekalan untuk arwah di sana... 
~Al-fatihah~

 “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah. DariNya kita datang...dan kepadaNya nanti kita akan kembali..." 

Comments

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???