Junior Masterchef Australia

Siapa-siapa yang suka budak-budak kecil yang pandai masak...mesti takkan lepaskan peluang untuk tengok rancangan Junior Masterchef Australia ni. Betul tak?? Comel-comel je...dengan petah bercakapnya... 



Suka tengok peserta-peserta ni sebab mereka menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi..terutamanya apabila berdepan dengan orang ramai dan public secara umum. Saya terfikir la, nak dapatkan kanak-kanak seusia mereka ni di Malaysia yang mempunyai kebolehan memasak yang hebat tu memang la susah.... Itu bukan point utama. Saya terfikir mengenai skill berkomunikasi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ni. Terfikir pula, bila la agaknya anak-anak Malaysia akan dapat menunjukkan 'sesuatu' yang hebat...atau sekurang-kurangnya membuatkan kita rasa yang kanak-kanak bukan setakat kanak-kanak yang makan gula-gula & aiskrim...tengok cerita kartun je... 
Risau pula...macamana la kanak-kanak zaman anak saya nanti..?? 


Si kecil comel yang pandai masak

Favourite : Lucy:  Tak menang..tapi comel sangat.. :)


Favourite jugak...Sofia
Twin sister: Sofia & Issabella (Winner). 


Comments

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???