Seandainya hati seputih bayi..

Salam Jumaat..

Penghulu segala hari...mudah-mudahan penuh dengan keberkatan. Dalam hari yang mulia ni, doakan semoga hati-hati kita masih dibekalkan sinar untuk bermuhasabah. Kita mungkin bukan insan yang sempurna pada hari ni..kita banyak lakukan kekhilafan. Namun itu tidak bermakna selamanya kita akan jadi jahat. Kuasa dan takdir Allah, mana-mana hati pun boleh berubah..

Dalam kehidupan kita sebagai manusia, selalunya kita akan kaitkan tindakan kita dengan hati dan otak, selari dengan emosi dan akal pemikiran. Selalunya emosi akan hadir terlebih dahulu..kemudian diikuti dengan akal. Jarang nak jumpa orang yg bertindak dengan akal mendahului emosi.

Bayangkan seandainya semua insan mempunyai hati sejernih dan sesuci hati bayi... Tak mungkin akan berlaku.. Mungkin hanya di syurga...

Ya Allah, permudahkanlah jalan untukku, suamiku, ibu bapa dan mertuaku, keluargaku...serta muslimin dan muslimat agar kami dapat menghuni syurgaMu.. Jauhkanlah kami daripada memiliki hati yang berpaling daripada jalan yang Engkau redai...amiin..

Comments

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???