Korban..lebih dari sekadar menumbangkan seekor lembu...

Hari raya korban dah pun berlalu. Sedar tak sedar, sebenarnya hari-hari pun ada pengorbanan yang dilakukan..walaupun daripada perspektif yang berbeza.
Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara yang kita lalui yang melibatkan pengorbanan. Kadang-kadang kita berkorban untuk diri sendiri.. Contoh paling mudah, korbankan duit gaji demi nak beli baju baru sebab diri nak rasa cantik bergaya. Tak mengapa la kalau rasa berbaloi, hati pun senang.
Namun kadang-kadang kita terpaksa berkorban demi menjaga hati orang lain. Misalnya dalam sesebuah perhubungan. Lumrah zaman sekarang, waktu nak mengorat dan bercinta, apa pun sanggup dikorbankan. Ada juga yang mengorbankan ego semata-mata nak cairkan hati si awek. #please la...tak seswai langsung!# Selalunya pengorbanan dalam kepura-puraan ni tak akan kekal lama. Sebabnya, apabila dah berjaya ditackle, akan nampak la belang-belang yang tersembunyi selama ini. Akhirnya, ada yang terkorban hati, perasaan dan mungkin juga body..
Like for myself, kehidupan selepas bernikah menjadi titik perubahan yang amat besar. Sebenarnya, sebaik sahaja akad dilafazkan, bermakna termetri perjanjian suci untuk menerima tanggungjawab dan amanah daripada Allah..dan setiap pelaksanaan amanah ini sememangnya menuntut pengorbanan. Saya tidak pasti pada orang lain, tapi bagi saya, setiap pengorbanan yang dilakukan adalah kebahagiaan. Meskipun hanya perkara kecil; berkorban favourite series di tv, berpenat lelah menguruskan rumah selepas seharian berperang dengan pesakit di hospital..dan sebagainya. Perasaan satisfaction apabila melihat boyfriend halal saya terurus dan selesa selepas pulang daripada kerja adalah salah satu hikmah dalam pernikahan yang tak dapat saya rasai semasa zaman single. Jujur dalam setiap doa, sentiasa bermohon supaya Allah mengizinkan diri ini untuk terus redha melakukan pengorbanan untuk suami tercinta...bukan hanya kerana Dia menjanjikan syurga, tapi juga kerana ketenangan dan kebahagiaan ini adalah kurniaan yang tiada gantinya..

Comments

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???