Read this carefully: Boyfren saya curang...so saya ugut nak bunuh diri!!

*Note: Sila abaikan kesalahan tatabahasa.  :)

Hampir setiap hari dengar kes perempuan cuba untuk bunuh diri...dengan macam-macam cara. Bila ditanya...alasannya;

Saya main-main je...saja nak takut-takutkan boyfren/tunang/husben saya...sebab dia curang. So saya takut-takutkan dia, supaya dia tak curang dah..

Okey...LISTEN15x...

Takda maknanya korang membuat cubaan membunuh diri...infact, boleh dikenakan tindakan undang-undang, tau tak?? Dan kebarangkalian dimasukkan dalam wad psikiatrik....nak ke?? Lebih teruk lagi, kalau cubaan korang tu menyebabkan kecederaan yang tak disangka-sangka...atau betul-betul GOAL!!

Dan takda maknanya boyfren/tunang/husben korang tu nak betul-betul takut dengan perbuatan korang tu. KALAU DIA BETUL-BETUL SAYANG KAT KORANG, PEREMPUAN CANTIK, BAIK DAN PERFECT MACAMANA PUN DIA TAKKAN LAYAN. Kalau dah ada ciri-ciri kecurangan tu, korang nilai la sendiri kat mana letaknya diri korang dalam hidup dia.

Kalau dah sekali dia curang, kebarangkalian untuk yang kedua, ketiga dan keseterusnya tu memang ada... So, kalau korang masih nak teruskan hubungan {dah kawin/tunang, takkan nak cerai/putus pulak kan...}, teruskan je la... Tapi tu tak bermakna korang patut rasa secure dan percaya sepenuh hati. Tinggalkan sedikit rasa curiga dan berhati-hati. Apa-apa pun, hati tu milik Allah...dia boleh bolak-balikkan hati sesiapa pun dalam sekelip mata. Kalau harini pasangan korang curang, jangan terkejut if one day, korang pulak yang curang. KEPERCAYAAN dalam perhubungan tu, ambik masa bertahun-tahun untuk dibentuk...tapi boleh diranapkan dengan hanya sesaat...dan akan ambik masa selama-lamanya untuk diperbaiki. 

So, deal with your problem wisely. Suicide is not the answer and perfect way to make your man stick to U.   


Comments

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???