Dilema si suami: Siapa wanita teristimewa dalam hidup anda??

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita untuk semua wanita yang ada di dunia ni... Tahun ni, tema Hari Wanita adalah  'Kesamarataan Peluang Terhadap Pelajaran, latihan, sains dan teknologi : Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita'. Wah....panjang lebar tema sambutan hari wanita ni ye...


Pagi masa sambutan hari wanita tu, sempat la jugak dengar radio sambil-sambil masak bekal untuk lunch kat dapur. Topik perbincangan radio pagi tu....
"Siapakah wanita yang paling bermakna dalam hidup anda?''


Simple je soalan tu, kan? Kalau saya sebagai seorang wanita, jawapannya senang sahaja. Dah tentu la ibu tersayang. Tapi sedar atau tidak....soalan tu boleh menjadi dilema yang amat besar untuk seorang lelaki. Mungkin ada yang nak jawab:




" Ibu saya...sebab dia yang lahirkan dan besarkan saya sampai saya jadi diri saya sekarang." 
Tapi bila jawapan itu didengar oleh si isteri, muncung berdepa-depa la pulak..... Pada wajah tergaris la senyuman...tapi dalam hati, berperang-perang sebab cemburu, rasa macam tak dihargai oleh si suami. Lebih tak best lagi kalau si isteri sound baik punya kat si suami...
"Amboi2....satu je ke wanita yang istimewa dalam hidup awak tu? Ibu je? Habis tu isteri ni ape??"
Ish..ish..ish....tapi tu memang realiti pun kan...


Kita tengok pulak...kalau si lelaki tu jawab:
"Wanita paling istimewa dalam hidup saya adalah isteri saya...sebab dia yang berkongsi hidup dengan saya, melahirkan dan membesarkan anak-anak saya...bla...bla....bla...."
Hasilnya...si ibu yang dengar jawapan tu pasti akan kecil hati sekecil-kecilnya..... Sampai hati anak dia meletakkan seorang perempuan lain melebihi kedudukan si ibu.


Habis tu, macamana nak jawab ye?? 


Terpulang la kepada individu masing-masing. Setiap orang ada alasan tersendiri untuk menentukan kedudukan  orang lain dalam hidupnya. Cuma secara peribadi, terasa kecewa la jugak bila dengar kedudukan ibu tu diletakkan lebih rendah berbanding isteri. Rasanya tak perlu la nak explain betapa besar pengorbanan seorang ibu kepada anak.... Kalau bukan si anak yang nak highlight kedudukan hak istimewa ibu, siapa lagi yang nak buat.... 




Hm...kaum lelaki yang baca entry ni...kalau soalan ni ditanya kepada anda, apa la agak-agaknya jawapan tu ye???


Fikir la sendiri... :)


p/s: Kepada encik bakal suami....saya tak kisah kalau awak jawab 'ibu' sebagai wanita teristimewa dalam hidup awak....Memang itu pun hak dan kedudukan terbaik seorang ibu... Mudah-mudahan anak saya jugak akan cakap perkara yang sama... Amin... 
 
 
 

Comments

  1. ibu la.. sebab Apis tak kawin lg hehe

    ReplyDelete
  2. I also love my ibu...I like this entry...

    ReplyDelete
  3. apis: kalau dh kawen nnti, jawapan tu akn btukar ke?? :p

    regreatnosoul: susahnya nama awk..hehe.. I love my mum too

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???