Mimpi: Siri I



Setiap hari manusia mengambil sebahagian besar masa untuk berehat daripada menggunakan anggota badan dan otak….atau dalam erti kata lain..TIDUR. Kerap juga seseorang itu bermimpi semasa sedang tidur. Kadang-kadang kita selalu mendengar sesetengah orang kata… “Mimpi je…kan mainan tidur…” atau pun…. “Kau fikir sangat hal tu…sampai terbawa-bawa dalam mimpi…” Kenapa manusia bermimpi…?? Adakah disebabkan oleh kehidupan seharian…atau kerana pemikiran…atau kerana gangguan psikologi??

Banyak pendapat mengenai mimpi dan terpulang kepada kita untuk memilih pendapat yang kita persetujui. Kajian mengenai mimpi juga sering mendapat perhatian daripada pengamal psikologi di serata dunia. Malah, Sigmund Freud yang merupakan antara pelopor bidang psikologi juga kerap menjadikan mimpi sebagai landasan untuk menjana teori-teori baru dalam bidang psikologi. Antara pendapat yang paling popular mengenai mimpi adalah kesinambungan minda separa sedar (subconscious mind) yang dipengaruhi oleh minda sedar (conscious mind) yang telah dialami oleh seseorang itu sepanjang hari. Daripada teori ini la lahirnya ayat.. “Kau fikir sangat hal tu…sampai terbawa-bawa dalam mimpi…”.

Walaubagaimanapun, sesetengah mimpi juga mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu yang mengalaminya. Akhirnya, muncul pelbagai tafsiran mimpi yang wujud daripada cerita-cerita generasi terdahulu dan juga tafsiran-tafsiran yang muncul hasil daripada pendapat-pendapat ‘suka hati’ daripada sesama rakan-rakan. Antara tafsiran mimpi yang popular dan sering disebut-sebut….mimpi dipatuk ular bermaksud ada orang yang akan datang meminang.. (macamana la kalau yang mimpi tu sudah berkahwin ye??).

Saya kongsikan kajian daripada H. P. Blavatsky mengenai pembahagian mimpi yang mungkin ada kaitan dengan kehidupan kita pada hari ini. Menurut Blavatsky, mimpi terbahagi kepada 7 bahagian seperti berikut:

1. Mimpi para nabi.
Didatangkan oleh wahyu daripada Allah. Kita sebagai manusia biasa sudah semestinya tidak mendapat mimpi seperti ini.

2. Alegoris mimpi, atau sekilas kabur dari realiti.
Dikesan oleh otak dan ditafsirkan sendiri oleh individu yang mengalami. Biasanya ini hanya separuh benar.

3. Mimpi dihantar oleh pengamal tertentu samada baik atau buruk
Termasuklah melalui pemujaan dan hipnosis yang selalunya bertujuan supaya kita melakukan kehendak mereka.

4. Retrospektif
Mimpi mengenai kejadian atau pengalaman masa lalu.

5. Mimpi amaran
Mimpi yang tidak dapat difahami dan mungkin berkaitan dengan kejadian yang sedang dialami oleh seseorang.

6. Mimpi yang membingungkan.
Selalunya mempunyai kaitan dengan mimpi amaran.

7. Mimpi yang kelam kabut dan serabut.
Selalunya berkaitan dengan gangguan mental dan gangguan luar, termasuklah kesihatan fizikal yang terganggu.

H. P. Blavatsky (1882) [dah lama sangat kajian ni…..]


Jadi, yang mana satu mungkin penyumbang terbesar kepada mimpi-mimpi anda? Terpulang kepada kesesuaian dan kepercayaan masing-masing. Namun, tidak salah sekiranya kita menjadikan panduan untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi sekiranya mimpi yang kita alami sering berkaitan dengan ciri-ciri mimpi orang yang mengalami gangguan mental. :)

Comments

  1. jgn terlalu taksub dgn mimpi udah la...yg ptg kita bijak utk menilai mana yg baik @ buruk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Movie Review :: Bini-bini ku Gangster

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Perlu ke ada Ustazah Pilihan???