Selalu dengar orang pergi interview government... Banyak persediaan kena buat kan... Minggu lepas dapat satu surat daripada PPUM.... Alhamdulillah, tawaran interview untuk jawatan Peg. Psikologi. Bersyukur sangat-sangat.. Walaupun sekadar interview, belum tentu dapat pun. Tapi peluang tu memang sangat berharga. Dapat atau tidak, tu dah rezeki kan...yang penting berusaha.. Tinggal lagi seminggu je sebelum interview. Sebenarnya, nerves je sepanjang masa sekarang ni. Tapi ni la masa untuk praktik segala ilmu yang dah belajar dulu...stress management..hehe... Walaupun ni bukan kali pertama interview jawatan government, tapi disebabkan setting hospital tu yang sangat berbeza, menyebabkan tahap adrenaline sekarang agak la tinggi nya... Tambah pulak, dalam hati memang mengharap nak dapat setting ni. Tau kenapa? Sebab suka sangat tengok cerita Private Practice. Lama sangat dah teringin nak jadi macam Violet.. Agak-agak, kalau jawab macam tu pada interviewer, boleh dapat markah lebih tak?? ...
Percaya atau tidak, kita sekarang ni hidup dalam dunia serba kebendaan dan keduniawian. Tambah pulak dengan adanya fb, instagram, twitter dan adik-beradiknya. Ramai yang berlumba-lumba nak update status, gambar, cerita pasal pergi holiday sana sini..beli itu ini..anak aku paling kiut..macam-macam lagi la. Perlu ke buat semua tu?? Kadang-kadang, memang tak perasan apa yang kita update di media sosial mungkin menimbulkan pelbagai perasaan negatif kat orang lain yang melihat. Ada yang suka..dan ada yang tak suka. Me?? Kalau nak ikutkan..aku jugak salah sorang daripada ribuan manusià yang rajin nak update pasal diri sendiri kat media sosial. Tapi honestly, semuanya hanya untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan. Tapi lately aku try jugak nak tapis-tapis..supaya tak ter-update benda-benda yang mendatangkàn riak etc. Well, human can change..right? I'm on my way to train myself to be smarter in updating my social media..insyaallàh.
Sebagai penggemar tegar pastry, kek dan segenetik nya...harus la teringin nak makan trifle kala puasa ni. Trifle tu apa? La... yang berlapis2, sweet dan boleh dimakan tu la. Tak tau jugak? Meh baca sini . Tak faham? Takpe2...meh nak cite pasal trifle ni. :: Asal usul trifle :: Sejarah awal penciptaan Trifle ditunjukkan dalam sebuah buku ("The good huswife's Jewell) oleh Thomas Dawson di England pada tahun 1596. Pada awalnya, resipi tu hanya berbentuk krim berperisa gula halia dan air mawar. Lebih kurang 60 tahun selepas itu, tercipta pula revolusi untuk Trifle ni, dengan menambahkan susu dan kastard yang dicurahkan atas roti yang direndam dengan minuman beralkohol. :: Trifle di Malaysia :: Kalau dilihat Trifle di luar negara, kebanyakkannya masih mengekalkan penggunaan alkohol dalam proses pembuatannya... Ada yang tambah dengai wine, liquor dan sebagainya, bergantung kepada kegemaran masing-masing. Tapi di Malaysia ni, kita tak tambah la benda-benda tu. Cukup dengan kek ya...
Comments
Post a Comment