Posts

Showing posts with the label Jalan jalan cari makan

Amaran: Jangan Klik Kalau Lapar

Image
Sebagai penggemar tegar pastry, kek dan segenetik nya...harus la teringin nak makan trifle kala puasa ni. Trifle tu apa? La... yang berlapis2, sweet dan boleh dimakan tu la. Tak tau jugak? Meh baca sini . Tak faham? Takpe2...meh nak cite pasal trifle ni.  :: Asal usul trifle :: Sejarah awal penciptaan Trifle ditunjukkan dalam sebuah buku ("The good huswife's Jewell)  oleh Thomas Dawson di England pada tahun 1596. Pada awalnya, resipi tu hanya berbentuk krim berperisa gula halia dan air mawar. Lebih kurang 60 tahun selepas itu, tercipta pula revolusi untuk Trifle ni, dengan menambahkan susu dan kastard yang dicurahkan atas roti yang direndam dengan minuman beralkohol. :: Trifle di Malaysia :: Kalau dilihat Trifle di luar negara, kebanyakkannya masih mengekalkan penggunaan alkohol dalam proses pembuatannya... Ada yang tambah dengai wine, liquor dan sebagainya, bergantung kepada kegemaran masing-masing. Tapi di Malaysia ni, kita tak tambah la benda-benda tu. Cukup dengan kek ya...

Steamboat best : Edisi makan FREE :)

Image
Sape suka steamboat ??? Haa..ni nak bagitau port yang best untuk makanan bernama steamboat ni. Bertambah best bila makan tu ditaja sepenuhnya (special tq to Kak Lily) , kecuali pengangkutan yang 100% tajaan Cik Nur Hazwani.  Lokasinya di Platinum Walk, Setapak. Kos dalam RM20++ je. Percuma minuman yang best-best, termasuklah aiskrim dan ABC yang boleh customize. Kalau diikutkan, rasanya dalam banyak-banyak steamboat yang pernah jumpa, ni yang paling banyak pilihan kot. Boleh la cuba, try, test .... tapi kalau hujung minggu atau hari-hari orang baru berpoket tebal dapat gaji tu, mungkin kena book la agaknya.  Dibuka daripada pukul 5 petang, dan konsep buffet... Jadi kalau nak datang tu, pastikan perut anda kosong. Kalau boleh, puasa la dua tiga hari sebelum tu...hehe.. :p Okey, cakap banyak-banyak pun x guna...mai kita tengok apa yang tersaji ni.  Amaran: Gambar-gambar ni tak sesuai untuk orang yang kelaparan...hehe :) Appetizer: Aiskrim customize (yang ni perisa ...