Amaran: Jangan Klik Kalau Lapar
Sebagai penggemar tegar pastry, kek dan segenetik nya...harus la teringin nak makan trifle kala puasa ni. Trifle tu apa? La... yang berlapis2, sweet dan boleh dimakan tu la. Tak tau jugak? Meh baca sini.
Tak faham? Takpe2...meh nak cite pasal trifle ni.
:: Asal usul trifle ::
Sejarah awal penciptaan Trifle ditunjukkan dalam sebuah buku ("The good huswife's Jewell) oleh Thomas Dawson di England pada tahun 1596. Pada awalnya, resipi tu hanya berbentuk krim berperisa gula halia dan air mawar. Lebih kurang 60 tahun selepas itu, tercipta pula revolusi untuk Trifle ni, dengan menambahkan susu dan kastard yang dicurahkan atas roti yang direndam dengan minuman beralkohol.
::Trifle di Malaysia::
Kalau dilihat Trifle di luar negara, kebanyakkannya masih mengekalkan penggunaan alkohol dalam proses pembuatannya... Ada yang tambah dengai wine, liquor dan sebagainya, bergantung kepada kegemaran masing-masing. Tapi di Malaysia ni, kita tak tambah la benda-benda tu. Cukup dengan kek yang direndam dengan jus atau pati buah-buahan...yang akhirnya menghasilkan rasa Trifle yang lebih asli.
Mari kita kenal dengan Trifle ni... Amaran: Sila jangan scroll down kalau sedang lapar dan perut berbunyi kruuk kruuk...
Nak resipi Trifle yang mudah? Dapatkan di sini
sangatla sedap.. yummy2~~
ReplyDeletetry la wat nanti..bleh share gambonya..hehe
ReplyDeletehehe.. ntah ble nak wat tu kan.. mesti x cntik cmni.. :p
ReplyDeleteTengok gambaq jek dh kecuq ayaq lioq
ReplyDeleteAw~~~