Posts

Showing posts with the label life

New Template from blogspot..hehe..

Salam..hi semua.. Nampak sangat kan org dah lama tak update blog... Baru perasan blogspot ada feature template baru ni. Tengah belajar-belajar nak guna la ni. By the way, banyak benda yang berlaku akhir-akhir ni.... Sedar tak sedar, dah masuk bulan 12...sikit je lagi nak masuk 2013. One of my resolution fore next year...nak update blog betul-betul...hehe...

I@mad!!

Image
Salam untuk semua..... Sekarang ni ada satu habit yang biasa la kita buat. Pergi mana-mana mesti nak ambik gambar...tapi semuanya simpan dalam bentuk soft copy. Rasa tak puas je tengok gambar dalam laptop... Last week merajinkan la diri nak pergi print gambar kat kedai ... Malas nak pergi jauh-jauh, pergi kat kedai depan ofic je... 50sen sekeping..( agak la mahal..standard 40sen je rasanya .) Tapi sebab malas nak survey punya pasal...teruskan je la. Dan...keputusannya.....tu dia.... Memang nak angin la...huhu... Dah la mahal ..pastu gambar sangat buruk ... Warna pecah-pecah..yang putih jadi merah.. Geram betul. Membazir duit pun satu hal. Kesimpulannya...kalau nak print gambar digital, sila check betul-betul kedai tu. Pastikan ada mesin yang betul-betul untuk print gambar... Kalau nak lebih selamat, pergi yang ada brand..macam Fotozoom ke.. Kecewa ni..huhuhu..

Doa untuk yang telah pergi...

Image
Assalamualaikum...Salam Jumaat, Pagi tadi mendapat perkhabaran perginya ayahanda kepada sahabatku, Nur Fahimah di Senawang.  Sememangnya, hati pasti akan sebak.. Air mata pasti akan menitis.. Namun janji Allah itu pasti... Dan sudah masanya dia kembali kepadaNya... Semoga dipermudahkan di alam sana,  mendapat keampunan, rahmat dan pandangan kasih sayang daripadaNya... Buat sahabatku... semoga tabah dengan pemergian ini. Doa anak yang soleh dan solehah itu akan menjadi bekalan untuk arwah di sana...  ~Al-fatihah~  “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah. DariNya kita datang...dan kepadaNya nanti kita akan kembali..." 

Sudah Februari...

Lama sangat dah tak update blog. Bukannya tak rindu...tapi sungguh-sungguh tak rajin.. Sebulan dah habis untuk tahun 2012, sekejap sangat rasanya. Apa yang dah dapat untuk tahun ni? Macam tak ada apa2 pun lagi.. =(

5 perkara JANGAN buat kalau naik kenderaan awam!!

Zaman sekarang ni, walaupun ramai dah mampu ada kenderaan sendiri, tapi ramai jugak yang masih memilih untuk naik kenderaan awam (bas, lrt, keretapi, kapal terbang etc) untuk ke destinasi tertentu. Saya sendiri pun, kalau balik kampung kadang-kadang naik bas je…untuk jimat duit dan tak penat sangat. Baru-baru ni sambil naik bas nak balik kampung, sempat la jugak perhati orang kat sekeliling. Rupa-rupanya, memang tak semenggah betul sikap kita ni…..kadang-kadang kita tak sedar kot. Jom check apa yang TAK PATUT dibuat kalau korang naik kenderaan awam… Note: Based on my observation, okay!! 1. Potong barisan. Walaupun membenarkan orang memotong barisan tu dah termasuk dalam 20 Secrets to Happiness , tapi itu tak bermakna korang boleh suka-suka potong barisan dengan harapan orang lain pun mengamalkan  20 Secrets to Happiness  yang sama. Potong barisan ni sangat la nampak tak ilmiah…tambah pulak kalau sememangnya nombor tempat duduk tu dah ada kat tiket. Ciri-ciri orang yang tak bo...

Bulan terakhir 2011...

Image
Selamat datang, Disember ... Yup, pejam celik mata...dah pun masuk hujung tahun 2011. Sekejap je rasanya. Nampak gayanya, kena siapkan wishlist untuk tahun 2012 pulak. Biasa la. Kita manusia, hanya merancang. Allah yang menentukan. Apa-apa pun, usaha tu tetap penting kan.. :) Coming soon, nanti nak update wishlist untuk tahun depan.  Dah masuk Disember ni...meh nak ajak dengar lagu tema untuk bulan ni.. Sangat la sesuai dengan tajuknya sekali... This is one of my fav song....  Back To December by Taylor Swift

20 Secret to Happiness

Godek-godek fail lama..terjumpa 1 kad zaman belajar dulu. Rasanya kad ni tampal kat meja study kot. Meh nak share 20 rahsia untuk gembira... Tapi dalam bahasa omputeh.. sape tak faham, rujuk google translate ye... (*_*) Return everything you borrow. Stop blamming other people. Live within your means & within your seems. Be humble. Listen more, talk less. Everyday...do something nice, and try not to get caught. Strive for excellent, not perfection. Be on time. Don't criticize anyone for 24 hours. Be kind to other people. Be even kinder to unkind people. Take time to be alone. Admit it when you make mistake. Understand and accept that life isn't always fair. Let someone cut ahead of you in line. Don't argue. Know when to say something. Know when to keep your mouth shut. Don't make excuses. Don't swear the small stuff. Coming soon, ulasan lengkap ye. Sila tunggu kalau nak baca :)

Wordless Wednesday::Dedicated to my beloved BFF, Ramziyah

Image
Think deeply , okei dokei..!! :)

Selamat tinggal Facebook...

Image
Sedih sebenarnya.... Tapi kena teruskan jugak... Selepas bertahun-tahun dengan encik muka buku... Akhirnya dah ambik keputusan... MUKTAMAD!!!! Dah masanya untuk ucapkan selamat tinggal kat Facebook... Kawan-kawan, sila jangan cari saya kat FB lagi..hehe.. . . . . . . . . Lepas ni nak berbelog n twitter je la... Eh....nak follow sape pun xtau.. Twitter account tu dah beku lama sangat.. :)

Minggu yang sangat busy..

Hari ni dah hari Isnin. Banyak benda yang nak buat minggu ni...rasa macam terkejar-kejar pulak.  1. Roadtax & insuran si Nurul Iman due hari ni. Thanks to MyeG sebab benda ni dah settle 2 minggu lepas. Hehe...tak sia-sia usahakan benda ni awal-awal.  2. Sedia untuk disoal siasat. (*_*) . Rasanya, sesape pun mesti akan neves bila nak kena soal siasat kan. Yups..itu la yang sy rasa sekarang ni. Cumanya, tak berapa nak neves sangat la. Sekarang ni wat persiapan benda-benda fizikal je pulak...pakaian & dokumen-dokumen yang patut dibawa.. Macam redha je kot...take it as a great experience & learning session ..kalau dapat dan ada rezeki, kira bonus la tu :) 3. Birthday ayah & wedding anniversary . Yang  ni sangat penting. Sebab tahun ni ayah akan bersara...kira macam birthday dia = hari bersara. Esoknya pulak wedding anniversary mak & ayah. Pagi tadi, ayah dah telefon...tanya balik rumah ke tak.. Of course la nak balik..tapi dah tengah bulan ni, macam semp...

Jumaat dah...

Sekarang ni, sekejap je masa berlalu. Dah Jumaat dah. Biasa la...Jumaat hari yang paling ditunggu-tunggu, sebab Sabtu & Ahad nak menjelma. Program untuk weekend ni belum ditentukan. Rehat je la kot.. :) 

I got it!! Doakan ku... (*_*)

Selalu dengar orang pergi interview government... Banyak persediaan kena buat kan... Minggu lepas dapat satu surat daripada PPUM.... Alhamdulillah, tawaran interview untuk jawatan Peg. Psikologi. Bersyukur sangat-sangat.. Walaupun sekadar interview, belum tentu dapat pun. Tapi peluang tu memang sangat berharga. Dapat atau tidak, tu dah rezeki kan...yang penting berusaha.. Tinggal lagi seminggu je sebelum interview. Sebenarnya, nerves je sepanjang masa sekarang ni. Tapi ni la masa untuk praktik segala ilmu yang dah belajar dulu...stress management..hehe... Walaupun ni bukan kali pertama interview jawatan government, tapi disebabkan setting hospital tu yang sangat berbeza, menyebabkan tahap adrenaline sekarang agak la tinggi nya... Tambah pulak, dalam hati memang mengharap nak dapat setting ni. Tau kenapa? Sebab suka sangat tengok cerita Private Practice. Lama sangat dah teringin nak jadi macam Violet.. Agak-agak, kalau jawab macam tu pada interviewer, boleh dapat markah lebih tak?? ...

Musim kecelaruan cuaca...

Sekarang ni cuaca tak menentu... Thailand sibuk hujan dan banjir... KL panas terik... Bumi dah pening agaknya.... Salah kita semua la ni.. (T_T)

Mak..Ibu..Ummi..Mama..Mummy..

Image
Apa panggilan korang untuk ibu masing-masing? Kalau kat Malaysia ni, standard la orang panggil mak, ibu, ummi atau mama. ..kan... Kalau mummy pulak, jarang-jarang ... Kenapa? Sebab rasa macam perasan mat salleh ..hehe.. Ada satu moment tu...masa tengah tunggu my sis-in-law ambik langsir yang dia tempah kat Nagoya, ternampak sorang budak lelaki ni dengan adik dia. Budak tu dalam umur 6-7 tahun rasanya...dan adik dia baby lagi, tidur dalam troli. Budak lelaki ni punya la baik...tolong jaga adik dia, comfort baby tu, tak bagi bangun. Pastu baby tu merengek-rengek, automatik budak lelaki tu pujuk... Nak tau pujuk dengan apa? Haaa...dengan ayat Quran. Tak pasti surah apa, samada Maryam atau al-Baqarah..tapi bukan ayat yang biasa dihafal (untuk doa dsbnya.). Ingatkan da baca sikit je...tapi tak.... Dia baca lama jugak...dan sangat lancar. SubhanAllah.. Bagi orang yang dah biasa, mungkin tak ada apa-apa kalau tengok budak kecil baca surah secara hafazan. Tapi for me yang tak pernah tengok, ...

Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...

Image
Perasan tak..... . . . . . ....kalau dulu buat baju kurung, tahan bertahun-tahun... Takde pun kain jadi berbulu, jahitan retas dan segala bagai la. Sebabnya...tengok kat almari mak tu, berlambak baju kurung dia yang dah berpuluh tahun, tapi masih cantik, elok je jahitan. Kalau zaman sekarang ni, baru beli 2-3 bulan, pakai 5-6 kali, dh mula dah macam-macam kerosakan nya. Rasa-rasanya, logik tak nak bagi alasan macam ni: 1. Jenis kain:  Sekarang ni banyak kain yang pelik-pelik. Serai wangi la, Indian cotton la, viscose segala macam. Sesetengah kain tu jenis yang tak tahan lama.  2. Kemalasan untuk penjagaan baju:  Memandangkan dah penat balik kerja, main campak je dalam mesin basuh. Spin semua...siap tersangkut-sangkut kat mesin...akhirnya banyak la benang tercabut dan musnah la baju tu. 3. Jahitan ala kadar: Ni pulak stail asal boleh cantum je . Tak kira la baju beli atau baju tempah. Tambah pulak kalau nak jimat kos, pakai benang yang murah. 4. Perubahan saiz: Hehe...y...

Penyakit lepas raya :(

Image
Sekarang ni..perasan tak dah mula musim orang sakit... Lepas je musim perayaan, ada la yang demam, batuk, selsema, segala bagai.. Tambah pulak keadaan cuaca sekarang panas. Kalau di KL dah tambah dengan jerebu. Aku pun dah sakit tekak . Pedih dah asyik batuk-batuk je. Semalam dah beli Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika ...hehe... Tapi ambik masa la agaknya nak sembuh. For the time being, minum air kosong banyak-banyak je. Bagus la jugak.... 0 kalori ..hehe..  Frenz, jaga kesihatan di musim perayaan ni ye. Mudah-mudahan semua sihat dan dapat jalankan tugas seharian dengan baik. :) Be well, do good & keep in touch,

I'm sooooooo M.A.D...

Image
Ni memang marah sungguh-sungguh la ni...tapi tak berani nak cakap terus terang... Kisahnya, aritu ada la bagi pinjam External Hard Disk kat sorang kawan ni....sebab dia nak reformat laptop dia sebelum dia balik ke US... Lama la jugak, dalam sebulan kot dia pinjam. Pastu nak raya baru ni, dia bagi semula. Asalnya tak rasa pelik apa-apa pun...tapi tiba-tiba nak transfer movie, tak muat pulak. Baru perasan yang disk tu dah penuh. Pelik la jugak...sebab tak banyak file pun. Tengok kat setting, folder view tu on untuk hide file. Unhide la semula... Amek kau..terjumpa la folder yang mengandungi 'sesuatu' yang tak sepatutnya..... Banyak pulak tu... Rasa nak menyumpah sampai jadik sesumpah je. Geram betul. Dah la pinjam barang orang...simpan pulak benda-benda macam tu. Harus la kalau nak marah kan... (*_*)  Kalau 'dia' terbaca entry ni.... kau tau, aku tau.  Sudah-sudah la dengan benda macam tu... Boleh jadi fitnah kat aku pulak... Ye la kan..kalau la ada orang lain pinjam dis...

Salam Aidilfitri untuk semua....

Image
Dah lewat dah nak wish Selamat Hari Raya untuk semua kan... Lama sangat x update belog nih. Xpe la...late is better than never :) Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin untuk kawan-kawan dan semua yang baca belog ni. Dah beraya tu....sambung balik kerja masing-masing ye... Ambik mood nak kerja pulak.. :)

1/3 sudah berlalu

Image
Pejam celik, pejam celik, dah habis 1/3 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Belum sempat nak gunakan masa semaksima mungkin untuk Dia. Tau-tau je nanti dah masuk Syawal. Sayang sekali Ramadhan dibiarkan berlalu tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Teringat masa zaman-zaman sekolah dulu, SPM memang dalam bulan Ramadhan. Waktu tu terasa sangatlah tenang. Tambah pulak dengan kedatangan Ramadhan, terasa lebih diberkati.  Ramai di antara kita yang tahu bahawa Ramadhan memang datang dengan rahmat yang tidak terkira. Tapi ramai juga yang lupa untuk mengambil keberkatannya...sebaliknya sibuk dengan lapar, berbuka puasa dengan juadah yang enak-enak dan berhabis ratusan ringgit (malah mungkin ribuan) untuk menyambut 1 Syawal. Hakikatnya, tidak salah untuk menyambut lebaran dengan segala persiapan, malah memang itu hari kemenangan untuk umat Islam. Namun, janganlah sampai Ramadhan dibiarkan berlalu begitu saja...atau lebih buruk lagi, dialu-alukan untuk cepat berlalu . 

Siapa yang lebih diperlukan??

Image
Selalunya dalam hidup, sesiapa pun sentiasa mahukan perhatian, ada orang lain yang ambil berat. Tapi semua tu ada harga yang perlu dibayar. Apabila dah terbiasa dengan perhatian, dan tiba-tiba terpaksa berdiri sendirian, langkah jadi pincang. Berdiri pun tak mampu bertahan lama. Kecenderungan untuk berpaut kepada orang lain menyebabkan diri akan semakin lemah, tak mampu nak menghadapi kesedihan dan dugaan. Gambar hiasan: Ihsan Google. Tiada perhatian bukan bermakna tiada kasih sayang. Mudah diungkapkan tapi untuk menelan kata-kata tu....hati akan semakin goyah. Kadang-kadang manusia lupa yang diri sendiri perlu digembirakan....dan bukannya orang lain yang diperlukan. Saat dia menyatakan 'Aku tak hepi'.... dia telah meletakkan diri sendiri dalam ke'tidakgembiraan' tu... [Malam tadi tengok Private Practice: Seorang mak cik tua depress disebabkan kawan untuk main catur dia meninggal...dan dia menyesal sebab tak pernah cakap dia sayangkan lelaki tu...sehingga lelaki tu mati...