Dilema BAJU KURUNG zaman sekarang...
Perasan tak..... . . . . . ....kalau dulu buat baju kurung, tahan bertahun-tahun... Takde pun kain jadi berbulu, jahitan retas dan segala bagai la. Sebabnya...tengok kat almari mak tu, berlambak baju kurung dia yang dah berpuluh tahun, tapi masih cantik, elok je jahitan. Kalau zaman sekarang ni, baru beli 2-3 bulan, pakai 5-6 kali, dh mula dah macam-macam kerosakan nya. Rasa-rasanya, logik tak nak bagi alasan macam ni: 1. Jenis kain: Sekarang ni banyak kain yang pelik-pelik. Serai wangi la, Indian cotton la, viscose segala macam. Sesetengah kain tu jenis yang tak tahan lama. 2. Kemalasan untuk penjagaan baju: Memandangkan dah penat balik kerja, main campak je dalam mesin basuh. Spin semua...siap tersangkut-sangkut kat mesin...akhirnya banyak la benang tercabut dan musnah la baju tu. 3. Jahitan ala kadar: Ni pulak stail asal boleh cantum je . Tak kira la baju beli atau baju tempah. Tambah pulak kalau nak jimat kos, pakai benang yang murah. 4. Perubahan saiz: Hehe...y...